IKBN



KEMASIK

 
Rabu, 12 September 2018 07:56

Lawatan Sambil Belajar Pelajar Bahagian Penyediaan Roti, Jabatan Hospitaliti

Rate this item
(0 votes)

Shah Alam, 5 - 7 September 2018 - Seramai 25 orang pelajar Tahap 3 Semester 3 Bahagian Penyediaan Roti, Jabatan Hospitaliti IKBN Kemasik telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa buah kilang pembuatan makanan di sekitar Lembah Klang, Selangor.

 

Lawatan tersebut diiringi oleh tiga (3) orang pegawai pengiring iaitu Cik Ratha a/p Vitiveloo, Pn. Nur Azlina Bt Che Anuar dan Puan Normaslinda Bt Ghazali.

 

Antara tempat-tempat yang dilawati sepanjang lawatan berlangsung adalah Kilang Yakult , Kilang Roti Massimo, AEON Food Processing Center (AFPC), Muzium Coklat dan Kilang Beryl’s Cookies and Pastry. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk melihat sendiri operasi sesebuah kilang yang mengendalikan pengeluaran dan pembuatan makanan terutamanya dalam bidang pembuatan roti. Selain itu para pelajar juga didedahkan dengan pengurusan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP), Food Safety System Certification (FSSC 22000), Good Manufacturing Practice (GMP) dan HALAL Certificate di sesebuah kilang pembuatan makanan.

 

Lawatan ini memberi manfaat, pendedahan, pengalaman dan menambah pengetahuan kepada para pelajar tentang industri penghasilan makanan dan minuman. Selain itu, melalui lawatan ini juga dapat memberi idea kepada para pelajar mengenai laluan dan peluang kerjaya mereka dalam bidang pembuatan makanan amnya dan pembuatan roti khususnya.

 
 
 
Gambar oleh
:
Ratha a/p Vitiveloo
  :
Pegawai Latihan
Read 30 times Last modified on Rabu, 12 September 2018 08:08
 
Find us on Facebook
Follow Us