Bandar Penawar, 9 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar amat mengalu-alukan kedatangan pihak Hotel Westin Desaru ke institut bagi sesi penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan dan melihat sendiri fasiliti yang tersedia di sini. Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak Hotel Westin diwakili oleh Puan Caterine yang menguruskan hotel premium ini amat tertarik dan berminat dengan kursus-kursus yang dijalankan di Institut dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama.
Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang dijalankan seperti Kursus Penyediaan Makanan, Pastri, Penyajian, Kaunter Hadapan dan Pengemasan Bilik. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang tersedia untuk masyarakat sekitar Bandar Penawar tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai. IKBN Bandar Penawar menawarkan kursus-kursus dalam bidang Perhotelan dan Hospitaliti secara sepenuh masa ataupun jangka pendek.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Hotel Westin, Desaru kerana dapat meluangkan sedikit masa untuk pertemuan singkat ini. IKBN Bandar Penawar sangat berharap hubungan ini akan terus terjalin agar dapat memberi maanfaat kepada semua pihak termasuklah golongan belia sekitar Bandar Penawar.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah