IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 09 January 2019 10:47

LAWATAN SUAI KENAL ONE AND ONLY RESORT DESARU COAST

Written by
Rate this item
(0 votes)

LAWATAN SUAI KENAL ONE AND ONLY RESORT DESARU COAST


Bandar Penawar, 8 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pasukan daripada One and Only Resort, Desaru ke institut bagi sesi penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan dan melihat fasiliti yang tersedia di sini. Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak One and Only Resort diketuai oleh Encik Mohd Nizam yang menguruskan resort mewah ini amat tertarik dan berminat dengan kursus-kursus yang dijalankan di Institut dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama.


Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang dijalankan seperti Kursus Penyediaan Makanan, Pastri, Penyajian, Kaunter Hadapan dan Pengemasan Bilik. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang bersesuai. IKBN Bandar Penawar menawarkan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Perhotelan dan Hospitaliti secara sepenuh masa ataupun jangka pendek.


Terima kasih diucapkan kepada pihak One and Only Resort, Desaru kerana berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan IKBN Bandar Penawar. Diharap dengan pertemuan ini akan membuka peluang untuk kedua-dua belah pihak lebih berdaya saing dan saling bantu-membantu.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 953 times Last modified on Rabu, 30 January 2019 11:08
 
Find us on Facebook
Follow Us