IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 12 April 2021 16:25

Pelajar IKBN Bandar Penawar Menang Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

Pelajar IKBN Bandar Penawar Menang Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2021

Melaka, 11 April 2021 - Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2021 (Sirkit 1) telah berlangsung selama 4 hari pada 5 hingga 9 April 2021 merupakan anjuran Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka.


Kevdylan Wong merupakan pelajar IKBN Bandar Penawar, Jurusan Kimpalan Semester 1 telah menyertai kejohanan ini. Beliau merupakan atlet angkat berat Negeri Sabah dibawah bimbingan Persatuan Angkat Berat Negeri Sabah  dan berkat hasil kesungguhan beliau dalam sukan ini, beliau berjaya menduduki tempat kedua dengan angkatan keseluruhan 260kg (110kg snatch, 150kg clean and jerk) dalam kategori 67kg lelaki.

 

Diharap kejayaan ini dapat menyuntik lagi semangat Kevdlan Wong untuk terus cemerlang, seterusnya dapat mewakili negara ke Sukan SEA 2021 Vietnam.


Disediakan oleh : Encik Raimi Bin Rabuimen
Foto oleh : Encik Raimi Bin Rabuimen

Read 9072 times Last modified on Isnin, 03 May 2021 16:27