IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 24 January 2019 12:29

LAWATAN SUAI KENAL PENGERANG TERMINALS SDN BHD (PTSB)

Written by
Rate this item
(0 votes)

LAWATAN SUAI KENAL PENGERANG TERMINALS SDN BHD (PTSB) KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 23 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak PTSB ke institut bagi sesi penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan dan melihat fasiliti yang tersedia. Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak PTSB diwakili oleh Cik Nurfanah amat tertarik dan berminat dengan kursus-kursus yang dijalankan di Institut dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama.


Pihak PTSB berhasrat untuk membantu penduduk Pengerang amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang dijalankan seperti Kursus Scaffolding, Health, Safety & Enviroment (HSE), Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai. IKBN Bandar Penawar menawarkan kepada sesiapa saja yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Minyak dan Gas secara jangka pendek.

 

Terima kasih diucapkan kepada pihak PTSB kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 797 times Last modified on Rabu, 30 January 2019 12:45
 
Find us on Facebook
Follow Us