IKBN



KUALA LANGAT

 
Khamis, 20 February 2020 17:59

LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK PENGUBAHSUAIAN PEJABAT DI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN KUALA LANGAT, 3 JANUARI 2020 - Jabatan Teknologi Awam , Bahagian Teknologi Hiasan Dalaman telah diberi kepercayaan untuk menyediakan Kertas Cadangan Rekabentuk Projek Pengubahsuaian Pejabat Tingkat 17, 16 dan 15. Terima kasih kepada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan , Ybhg .Datuk Dr. Waitchala R.R.V Suppiah telah memberi peluang dan kepercayaan kepada pihak kami untuk merealisasikan hasrat pengubahsuaian pejabat tersebut.

Seramai 3 orang pegawai dan 3 orang pelajar praktikal IKBN Kuala Langat telah turut serta dalam lawatan tapak dan perbincangan tersebut. Tujuan lawatan tapak berkenaan lebih membincangkan keperluan dan kehendak pelanggan untuk pasukan kami menyediakan kertas cadangan rekabentuk pejabat tingkat 17, 16 dan 15. Ukuran tapak juga diambil untuk pihak kami menyediakan cadangan peruntukan cadangan projek pengubahsuaian tersebut.

 

Peluang dan kepercayaan ini banyak memberi pendedahan kepada pengajar dan pelajar dalam pengurusan projek pengubahsuaian yang sebenar. Selain itu dapat memupuk  keyakinan diri pengajar dan pelajar dalam berkomunikasi bersama pelanggan yang merupakan elemen penting dalam menghasilkan rekabentuk yang terbaik.

 

  

 

Disediakan Oleh : Nur Hidayah Binti Mohd Sukhaimi (Jabatan Teknologi Awam)

 

 

Read 577 times