Ia telah telah di adakan secara Live Sembang Santai merangkumi elemen-elemen yang terdapat dalam fotografi walaupun dengan hanya mengunakan kamera dari telefon bimbit. Sesi Live Sembang Santai tersebut di kelola oleh Bahagian Fotografi, Jabatan Multimedia IKBN Kuala Langat. Semasa Sesi live tersebut, En. Rizman Hady Bin Bujang@Mohamad sebagai moderator serta En. Hamzuri Bin Abdul Hamid sebagai panel jemputan. Semasa sesi live tersebut, seramai lebih 1500 penonton telah mengikuti Kursus Ini. Live Sembang Santai ini masih berada di facebook rasmi IKBN Kuala Langat sebagai tontonan umum dan telah mencapai lebih dari 1700 penonton.
Disediakan Oleh : Rizman Hady bin Bujang@Mohamad ( Bahagian Fotografi, Jabatan Multimedia )