IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 23 May 2019 11:15

MAJLIS BERBUKA PUASA IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HUSNA ANJURAN AJK SURAU AL-MUKMIN IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

MAJLIS BERBUKA PUASA IKBN BANDAR PENAWAR BERSAMA YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HUSNA ANJURAN AJK SURAU AL-MUKMIN IKBN BANDAR PENAWAR

Penawar, 22 Mei 2019 - IKBN Bandar Penawar mengambil inisiatif untuk meraikan anak-anak yatim sekitar Bandar Penawar dan pelajar IKBN di bulan Ramadan yang mulia ini melalui anjuran AJK Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar.

 

Majlis ini disusuli dengan tahlil dan bacaan yasin serta penyerahan sumbangan wang tunai Hari Raya melalui kutipan ikhlas daripada kakitangan dan Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar agar sambutan Hari Raya tahun ini lebih meriah dimana sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak yatim tersebut. Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Khailani Bin Ismail dan diiringi oleh Setiausaha Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Husna, Encik Yusri Bin Mohd Yasir.

 

Tuan Pengarah turut membuka peluang kepada anak-anak yatim untuk menyambung pelajar di IKBN Bandar Penawar dimana Kementerian Belia dan Sukan memperuntukan elaun belajar, makan minum dan penginapan percuma yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.

 

Seramai 39 orang anak-anak yatim diraikan dan berbuka bersama-sama. Tuan Pengarah mengucapkan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Kakitangan IKBN Bandar Penawar diatas usaha murni ini.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 370 times Last modified on Khamis, 23 May 2019 11:29
 
Find us on Facebook
Follow Us