IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 17 January 2017 14:43

MAJLIS HI-TEA ANJURAN JPMM DUN PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Lim Chow Kiat IKBN Bandar Penawar
MAJLIS HI-TEA ANJURAN JPMM DUN PENAWAR

BANDAR PENAWAR, 17 JANUARI 2017 - Satu Majlis Hi-Tea bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 28 Januari 2017, anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar telah diadakan pada 17 Januari 2017, jam 4.15 petang di Hotel Amansari, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

 

Dalam majlis tersebut, YB. Puan Hajah Hamimah Binti Hj. Mansor, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN), Kawasan Penawar memberi ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan kakitangan Tiong Hua dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT), Pegawai-pegawai Perubatan dan Farmasi dari Klinik Kesihatan Bandar Penawar, Sg. Mas dan Felda Ayer Tawar. Beliau berharap tahun baru AYAM ini akan membawa tuah dan kesejahteraan kepada semua dan negara.

 

Antara jemputan IKBN Bandar Penawar adalah terdiri daripada Lim Chow Kiat (Timbalan Pengarah HEP), Ong Lay Yew (Tenaga Pengajar-Jabatan Perhotelan) dan adik Tan Yu An, pelajar Jurusan Kaunter Hadapan (Perhotelan).

 

Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian kuih biskut tahun baru Cina dan ‘Ang Pau’ oleh YB. Puan Hajah Hamimah Binti Hj. Mansor kepada tetamu-tetamu jemputan.

Read 1485 times Last modified on Isnin, 23 January 2017 14:58
 
Find us on Facebook
Follow Us