Bandar Penawar, 27 Jun 2019 - Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya. Majlis meraikan semua warga Institut yang terdiri daripada pegawai, pekerja kontrak pembersihan, keselamatan dan dewan makan. Pelbagai juadah dihidang untuk tetamu termasuk kambing golek, ketupat rendang, nasi beriani dan durian. Majlis diilhamkan sebagai salah satu cara untuk menghargai semua warga IKBN yang sama-sama menyokong pembangunan kursus-kursus pendek yang dianjurkan oleh Jabatan Minyak Dan Gas. Semoga majlis yang diadadakan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia ada terjalin dan menjadi motivasi kepada semua pegawai untuk bersatu dalam merealisasikan kejayaan IKBN Bandar Penawar.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah