IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 13 January 2016 23:51

LAWATAN JABATAN MINYAK DAN GAS IKBN BANDAR PENAWAR KE F.R.P POLLUTION ENGINEERING SDN. BHD

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Azman bin Muhammad

Foto : Encik Salizal Bin Mohamad Rajali @Mohamad Ghazali

LAWATAN JABATAN MINYAK DAN GAS IKBN BANDAR PENAWAR KE F.R.P POLLUTION ENGINEERING SDN. BHD

Johor Bahru, 13 Januari 2016 – Satu lawatan sambil belajar ke F.R.P Pollution Engineering Sdn. Bhd. (Fiberglass) Industry yang terletak di kawasan perindustrian di Mount Austin telah dianjurkan oleh Jabatan Minyak dan Gas dengan disertai oleh 15 orang kakitangan. Pelawat telah diberikan penerangan, diberi peluang melihat gambar-gambar model yang pernah dihasilkan oleh syarikat, serta mengikuti tour ke keseluruhan tapak fabrikasi. Melalui penerangan yang diberikan, pelanggan syarikat melangkaui pelbagai industri iaitu daripada bidang elektronik, petrokimia hinggalah bidang Minyak dan Gas dan melibatkan projek yang dihantar dan ditauliahkan di Asia Barat.

 

Pihak syarikat telah diwakili oleh Yep Tet Soon Pengurus FRP Pollution Engineering Sdn. Bhd. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan proses fabrikasi fasiliti kawalan alam sekitar / effluen industri melalui penggunaan scrubber, customised piping, pemasangan motor dan pam industri serta maklumat berkaitan keperluan dan spesifikasi bahan yang diperlukan untuk membina prototype atau model ruang terkurung untuk tujuan latihan berkait dengan ruang terkurung terutamanya di dalam industri Minyak dan Gas.

 

Lawatan ini antara lainnya memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pegawai IKBN Bandar Penawar untuk melihat peralatan yang dihasilkan disitu dan kemampuan syarikat berkenaan menghasilkan produk mengikut kemahuan pelanggan serta bagaimana ia dapat diterapkan melalui latihan yang disediakan oleh pusat latihan. Lawatan berakhir pada jam 2 petang.

Read 1243 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 17:39
 
Find us on Facebook
Follow Us