IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 27 January 2016 00:02

PEMILIHAN MPP DAN SRM IKBN BANDAR PENAWAR SESI 1/2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

PEMILIHAN MPP DAN SRM IKBN BANDAR PENAWAR SESI 1/2016

Bandar Penawar, 26 Januari 2016 – Satu sesi Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Rakan Muda (SRM) telah diadakan pada hari ini bagi memberi peluang kepada barisan kepimpinan yang baru untuk menerajui para pelajar IKBN Bandar Penawar. Pada masa yang sama, pemilihan ini perlu diadakan kerana sejumlah besar Ahli Majlis Tertinggi yang lama telah menamatkan pengajian di IKBN Bandar Penawar pada bulan Disember 2015.


Sesi pemilihan ini telah dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan berjalan dengan lancar. Menerusi pemilihan yang diadakan menggunakan sistem penamaan calon secara demokrasi dan pengundian menggunakan peti undi, saudara Muhammad Zakwan bin Ubaytullah telah dipilih sebagai Presiden MPP IKBN Bandar Penawar bagi sesi 1/2016. Manakala saudara Wan Muhammad Hilmi bin Wan Nasrudin pula telah dipilih sebagai Pengerusi SRM IKBN Bandar Penawar bagi sesi 1/2016.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan yang baru. Semoga mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul dan pada masa yang sama, dapat bekerjasama dengan pihak pengurusan IKBN Bandar Penawar khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam apa jua perkara yang melibatkan para pelajar.

Read 1215 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 18:13
 
Find us on Facebook
Follow Us