IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 11 June 2018 14:09

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA PERINGKAT IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA PERINGKAT IKBN BANDAR PENAWAR


Bandar Penawar, 7 Jun 2018 – Pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H, IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan satu Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa peringkat IKBN Bandar Penawar bagi tahun 2018. Seramai 180 orang termasuk pelajar & kakitangan terlibat di dalam majlis ini. Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa ini merupakan salah satu program tahunan IKBN Bandar Penawar, di mana setiap tahun, IKBN Bandar Penawar akan mengadakan majlis sebegini bagi menyambut kemeriahan serta keberkatan didalam bulan ramadhan yang mulia ini.


Program tadarrus khatam Al-Quran ini telah diadakan seawal bulan ramadhan yang mana ia melibatkan pegawai dan juga pelajar IKBN Bandar penawar. Seramai 57 orang pegawai IKBN Bandar penawar telah dibahagikan kepada 19 kumpulan bagi menghabiskan bacaan 19 juzuk, di mana setiap kumpulan akan diagihkan mengikut 1 juzuk bagi setiap kumpulan. Manakala selebihnya baki 11 juzuk Al-Quran lagi, telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan daripada kalangan pelajar IKBN Bandar penawar dan seterusnya ia melengkapkan jumlah keseluruhan bacaan kepada 30 juzuk Al-Quran.


Majlis bermula jam 6.00 petang telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Encik Mohd Saleh Bin Haji Ghazali. Majlis khatam Al-Quran ini telah dibaca oleh 10 orang peserta khatam dikalangan pelajar-pelajar lelaki IKBN Bandar Penawar bermula surah Ad-Dhuha dan diakhiri dengan surau Al-Baqarah. Selesai majlis khatam, diadakan majlis sumbangan Hari Raya kepada pelajar yang tidak berkemampuan serta kepada para pemenang pertandingan ihya’ ramdhan anjuran jawatankuasa surau IKBN Bandar Penawar. Selepas itu, para tetamu berbuka puasa dengan sedikit kurma dan air mineral sebelum bersolat maghrib secara berjemaah di Surau Al-Mukmin. Kemudian, para tetamu dihidangkan dengan jamuan makan di dewan makan IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

Read 710 times