Majlis Konvokesyen ILKBS Ke 15 di PICC, Putrajaya http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 22 Apr 2021 04:15:47 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my Perjumpaan Pengajar dan Pelajar Bagi Program Anugerah Remaja Perdana IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pengajar-dan-pelajar-bagi-program-anugerah-remaja-perdana-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-pengajar-dan-pelajar-bagi-program-anugerah-remaja-perdana-ikbn-bandar-penawar.html Perjumpaan Pengajar dan Pelajar Bagi Program Anugerah Remaja Perdana IKBN Bandar Penawar

Perjumpaan Pengajar dan Pelajar Bagi Program Anugerah Remaja Perdana IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 21 Julai 2019 - Satu perjumpaan diantara pengajar dan kumpulan pelajar bagi pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang mana terbahagi kepada empat komponen iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Sukan dan Rekreasi Fizikal. Para pelajar IKBN Bandar Penwawar bukan sahaja dilatih dengan kemahiran teras melibatkan jurusan yang dipelajari akan tetapi ditambah nilai menerusi program ARP dalam memastikan para pelajar mendapat ilmu pengetahuan dlm kemahiran tambahan serta membentuk EQ dan IQ yang lebih mampan dan seterusnya menjadikan graduan IKBN Bandar Penwawar menjadi pilihan utama industri. Semoga masyarakat umumnya dapat melihat kelebihan yang ada di IKBN Bandar Penwawar dan menjadikan bidang kemahiran sebagai pilihan utama seiring dengan pembangunan negara yang memerlukan belia berkemahiran.

 
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 25 Jul 2019 16:52:17 +0800
Pameran dan Promosi IKBNBP Sempena Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-ikbnbp-sempena-kejuaraan-cub-prix-aam-malaysia-petronas-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-ikbnbp-sempena-kejuaraan-cub-prix-aam-malaysia-petronas-2019.html Pameran dan Promosi IKBNBP Sempena Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2019

Pameran dan Promosi IKBNBP Sempena Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2019

Pontian, 20 Julai 2019 - IKBN Bandar Penawar turut mengadakan pameran dan promosi sempena Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2019 di bandar Pontian.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 25 Jul 2019 16:45:25 +0800
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pelaksana Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-jawatankuasa-pelaksana-kampus-bandar-raya-johor-bahru-icc.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-penyelarasan-jawatankuasa-pelaksana-kampus-bandar-raya-johor-bahru-icc.html Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pelaksana Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC)

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pelaksana Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC)


Johor Bahru, 18 Julai 2019 - Satu mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC) telah diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Johor Bahru dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS, Dato’ Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof dan turut hadir Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Khailani Bin Ismail, pegawai-pegawai BPKB, pegawai-pegawai IKBN Bandar Penawar, wakil- wakil Jabatan daripada MBJB, JBSN Johor, Pbsd, JPPH, JBPM, JKPTG, EPU, BPEN, JKPTG dan KPKK.

 

Mesyuarat ini membincangkan mengenai kelulusan dan sokongan bangunan serta pelaksanaan kursus yang akan dijalankan di Permas Jaya bagi membantu para belia bandar Johor Bahru untuk belajar dan mendapatkan kemahiran seterusnya menjadi pekerja mahir ataupun usahawan. Kursus yang bakal ditawarkan di Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC) sebagai Kampus Satelit IKBN Bandar Penawar ialah Kursus Pastri, Penyediaan Makanan, Towel Folding dan Fotografi. Manakala kursus bersama industri ialah Pengurusan Kafe (Barista). Semoga dengan adanya Kampus Bandar Raya ini dapat membantu para Belia Bandar Johor Bahru.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 21 Jul 2019 18:07:03 +0800
Lawatan Audit Penarafan Bintang IKBN Bandar Penawar Oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-audit-penarafan-bintang-ikbn-bandar-penawar-oleh-jabatan-pembangunan-kemahiran-jpk.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-audit-penarafan-bintang-ikbn-bandar-penawar-oleh-jabatan-pembangunan-kemahiran-jpk.html Lawatan Audit Penarafan Bintang IKBN Bandar Penawar Oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Lawatan Audit Penarafan Bintang IKBN Bandar Penawar oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)


Bandar Penawar, 16-17 Julai 2019 - Lawatan Audit Penarafan Bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) diwakili oleh tiga pegawai iaitu Encik Eleas Bin Ismail, Cik Shiadri Binti Saleh@Aman dan Encik Mohd Hamdam Bin Jaffar@ Othman selama 2 hari telah diberi kerjasama yang amat baik oleh kakitangan IKBN Bandar Penawar dalam memberikan maklumat yang dikehendaki. Pihak JPK memuji tindakan pantas pegawai dan sistem fail yang dibuat. IKBN Bandar Penawar merupakan Pusat Bertauliah yang menjalankan kursus-kursus kemahiran yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Profesional. Tahniah diucapkan kepada semua pengajar dan pegawai yang terlibat dalam melancarkan audit ini.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 21 Jul 2019 18:02:38 +0800
Lawatan Pemantauan Latihan Industri Pelajar IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-pemantauan-latihan-industri-pelajar-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-pemantauan-latihan-industri-pelajar-ikbn-bandar-penawar.html Lawatan Pemantauan Latihan Industri Pelajar IKBN Bandar Penawar

Lawatan Pemantauan Latihan Industri Pelajar IKBN Bandar Penawar


Johor Bahru, 16-17 Julai 2019 - Pegawai Cawangan Hubbungan Industri, Publisiti & Seranta (CHIPS) IKBN Bandar Penawar, En Muhammad Faiz Bin Abdul Razak, telah mengadakan lawatan pemantauan bagi pelajar yang menjalani latihan industri di Hard Rock Hotel Desaru, Tunamaya Desaru, Amerin Hote JB dan Silka Hotel JB bagi mendapatkan maklumbalas daripada pihak hotel bagi penambahbaikan latihan kemahiran di IKBN Bandar Penawar. IKBN Bandar Penawar komited dalam melahirkan pekerja separuh mahir dan pekerja mahir bagi memenuhi kehendak Industri di Malaysia mahupun luar negara. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang akan menamatkan latihan industri selama 3 bulan dan diharap dapat membantu para pelajar di alam pekerjaan kelak. Bagi yang ingin mendapatkan info dan masuk ke IKBNBP boleh klik link dibawah. Slot untuk Jurusan Housekeeping dan Front Office masih dibuka.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 21 Jul 2019 17:53:53 +0800
Majlis Konvokesyen ILKBS Ke 15 di PICC, Putrajaya http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-konvokesyen-ilkbs-ke-15-di-picc-putrajaya.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-konvokesyen-ilkbs-ke-15-di-picc-putrajaya.html Majlis Konvokesyen ILKBS Ke 15 di PICC, Putrajaya

Majlis Konvokesyen ILKBS Ke 15 di PICC, Putrajaya


Putrajaya, 16 Julai 2019 - Pelajar IKBN Bandar Penawar diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-15 dan berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Ainul Syafiq Bin Ramli kerana terpilih menjadi Pelajar Terbaik IKBN Bandar Penawar yang merupakan bekas pelajar Jurusan Pengemasan Bilik (Housekeeping) bagi Jabatan Perhotelan. Tidak kira apa jurusan yang diceburi, jika kita belajar sehingga mahir, kita mampu mencapai kejayaan. Tahniah juga diucapkan kepada para pengajar IKBN Bandar Penawar amnya dan khasnya Jabatan Perhotelan.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 16 Jul 2019 17:49:03 +0800
Pameran & Promosi IKBN Bandar Penawar di Jelajah TVET Johor 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-promosi-ikbn-bandar-penawar-di-jelajah-tvet-johor-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-promosi-ikbn-bandar-penawar-di-jelajah-tvet-johor-2019.html Pameran & Promosi IKBN Bandar Penawar di Jelajah TVET Johor 2019

Pameran & Promosi IKBN Bandar Penawar di Jelajah TVET Johor 2019


Kluang, 14 Julai 2019 - IKBN Bandar Penawar telah mengadakan pameran dan promosi mengenai kemasukan ke IKBN Bandar Penawar di SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang. Pegawai yang turun bagi mempromosi IKBN Bandar Penawar ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) Encik Mohd Sopian Bin Ibrahim dan pegawai promosi Encik Muhammad Faiz Bin Abdul Razak. Pelbagai informasi berkaitan penawaran kursus disampaikan kepada masyarakat yang hadir.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 16 Jul 2019 17:44:02 +0800
Taklimat Arahan Tetap Pengarah IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-arahan-tetap-pengarah-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-arahan-tetap-pengarah-ikbn-bandar-penawar.html Taklimat Arahan Tetap Pengarah IKBN Bandar Penawar

Taklimat Arahan Tetap Pengarah IKBN Bandar Penawar


Bandar Penawar, 14 Julai 2019 - Taklimat berkaitan Arahan Tetap Pengarah telah disampaikan oleh Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail dan dihadiri oleh kakitangan bagi mendengar amanat dan meneliti setiap tugasan yang perlu dilaksanakan oleh para pegawai IKBN Bandar Penawar. Semoga dengan penyampaian ATP ni dapat membantu para pegawai memahami kehendak dan keperluan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 16 Jul 2019 17:39:08 +0800
Pegawai dan Pelajar IKBN Bandar Penawar Menjadi Sukarelawan Acara Antarabangsa 113 Triathlon Malaysia Desaru 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pegawai-dan-pelajar-ikbn-bandar-penawar-menjadi-sukarelawan-acara-antarabangsa-113-triathlon-malaysia-desaru-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pegawai-dan-pelajar-ikbn-bandar-penawar-menjadi-sukarelawan-acara-antarabangsa-113-triathlon-malaysia-desaru-2019.html Pegawai dan Pelajar IKBN Bandar Penawar Menjadi Sukarelawan Acara Antarabangsa 113 Triathlon Malaysia Desaru 2019

Pegawai dan Pelajar IKBN Bandar Penawar Menjadi Sukarelawan Acara Antarabangsa 113 Triathlon Malaysia Desaru 2019

Desaru, 6-7 Julai 2019 - Seramai 50 orang pelajar dan 8 orang pegawai menjadi sukarelawan bagi acara Antarabangsa 113 Triathlon Malaysia Desaru di Lotus Desaru Spa & Resort. Program sukarelawan ini memberi pendedahan kepada para pelajar IKBN untuk terlibat secara aktif di peringkat Kebangsaan mahupun Antarabangsa. Program ini secara tidak langsung memupuk para pelajar untuk menguruskan acara dan terlibat dalam aktiviti secara holistik. Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan pegawai yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 09 Jul 2019 14:44:37 +0800
Minggu Paradigma Pelajar Sesi Julai 2019 IKBNBP http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-paradigma-pelajar-sesi-julai-2019-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-paradigma-pelajar-sesi-julai-2019-ikbn-bandar-penawar.html Minggu Paradigma Pelajar Sesi Julai 2019 IKBNBP

Minggu Paradigma Pelajar Sesi Julai 2019 IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 1 - 4 Julai 2019 - Program tasmi' (semakan) bacaan solat bagi pelajar baru.Program Motivasi bagi pelajar Non-Muslim. Sesi Perkongsian Bersama Alumni. Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Persembahan Dalam Bahasa Inggeris. Sesi Bersama Majlis Perwakilan Pelajar. Kawad Kaki. Taklimat daripada AADK Kota Tinggi. Taklimat daripada IKLAS Bertajuk Hala Tuju Belia. Taklimat Berkaitan Kemahiran dan Pensijilan daripada Cawangan penyelarasan dan kawalan kualiti.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 07 Jul 2019 18:06:35 +0800