IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 28 April 2019 11:58

MAJLIS MENANDATANGANI MOU IKBN BANDAR PENAWAR DAN THE WESTIN DESARU COAST RESORT SEMPENA PROGRAM CAREER FEST ILKBS ZON SELATAN DAN PERTANDINGAN PRA WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA TAHUN 2019 DI IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

MAJLIS MENANDATANGANI MOU IKBN BANDAR PENAWAR DAN THE WESTIN DESARU COAST RESORT SEMPENA PROGRAM CAREER FEST ILKBS ZON SELATAN DAN PERTANDINGAN PRA WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA TAHUN 2019 DI IKTBN CHEMBONG

Chembong, 25 April 2019 - YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada hari ini telah merasmikan Program Career Fest ILKBS Zon Selatan di IKTBN Chembong, Negeri Sembilan.

 

IKBN Bandar Penawar diwakili oleh Tuan Pengarah, Mohd Khailani Bin Ismail dan The Westin Desaru Coast Resort diwakili Pengarah Sumber Manusia, Puan Caterine Wong telah menandatangani MOU. Dengan termeterainya perjanjian ini, pelajar-pelajar IKBN Bandar Penawar berpeluang untuk berkongsi ilmu kepakaran daripada pihak The Westin Desaru Coast Resort selain daripada penempatan tempat latihan Industri dan pekerjaan bagi yang layak.

 

Program Career Fest Tahun 2019 di Zon Selatan, dianjurkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong selaku tuan rumah bersama-sama dengan IKTBN Pagoh, IKTBN Alor Gajah dan IKBN Bandar Penawar pada 24 sehingga 25 April 2019.

 

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar ILKBS melalui penyediaan peluang pekerjaan bersama industri yang telah menjalinkan kerjasama (MoU) dengan ILKBS. Kerjasama bersama pihak industri telah memberi impak yang besar kepada ILKBS dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan ILKBS, latihan sangkutan dan TOT kepada tenaga pengajar serta memberi sumbangan dari segi modul latihan dan bahan latihan kepada ILKBS.

 

Seiring dengan perkembangan terkini sains dan teknologi seperti Revolusi Industri 4.0, robotik dan juga artificial intelligence, ILKBS menyediakan kemudahan latihan, silibus dan kurikulum selari dengan perubahan teknologi dan fleksibel untuk berada di hadapan kelok perubahan teknologi semasa.

 

Selain daripada Mini Dialog Industri Peringkat ILKBS Zon Selatan yang dihadiri oleh sekurangkurangnya 20 buah syarikat, Pra-WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) Tahun 2019 merupakan tarikan utama Career Fest ILKBS Zon Selatan.

 

Pertandingan Pra-WSMB di IKTBN Chembong melibatkan 3 bidang utama seperti Car Painting, Wall & Floor Tiling dan Brick Laying dengan penyertaan seramai 40 orang pelajar daripada pelbagai agensi Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta dari seluruh Malaysia dan 22 orang daripadanya adalah pelajar ILKBS. PraWSMB ini adalah laluan belia berkemahiran untuk ke ASEAN Skills Competition (ASC) di Singapura pada Tahun 2020.

 

ILKBS Aktiviti lain yang menarik minat para belia adalah sesi temuduga terbuka, ceramah kerjaya serta pameran daripada ILKBS, agensi awam dan swasta. Selain itu, IKTBN Chembong juga menawarkan khidmat servis motorsikal secara percuma kepada masyarakat dan dijangka seramai 120 orang mendapat manfaat daripada program ini. Ini membuktikan bahawa ILKBS bukan sahaja menekankan elemen kemahiran semata-mata, namun transformasi bina insan juga terus dipertingkatkan yang mana para pelajar didedahkan dengan elemen kesukarelaan, kepimpinan dan bina insan.

 

Program IMPAK ILKBS @Komuniti bertujuan untuk menyumbang balik tenaga kepakaran atau kemahiran pelajar-pelajar ILKBS kepada komuniti yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil terhadap kemudahan fizikal awam dan menawarkan perkhidmatan kemahiran mengikut kesesuaian bidang atau kepakaran ILKBS. Program ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan ILKBS kepada komuniti setempat dan secara tidak langsung bertindak sebagai training ground kepada pelajar–pelajar ILKBS untuk memantapkan kemahiran mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

 

Selain itu, YB Steven Sim Chee Keong juga menemui 12 peserta Reben Kuning yang sedang mengikuti latihan Scaffolding di IKTBN Chembong. Mereka merupakan peserta rintis projek Reben Kuning yang dijangka akan tamat latihan pada awal Mei ini.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 320 times Last modified on Selasa, 07 May 2019 13:18
 
Find us on Facebook
Follow Us