MAJLIS MENANDATANGANI MOU IKBN BANDAR PENAWAR DAN THE WESTIN DESARU COAST RESORT SEMPENA PROGRAM CAREER FEST ILKBS ZON SELATAN DAN PERTANDINGAN PRA WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA TAHUN 2019 DI IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my Fri, 29 May 2020 21:58:56 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my SIMULASI PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2019 BIDANG RESTAURANT SERVICES. http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/simulasi-pertandingan-worldskills-malaysia-belia-wsmb-2019-bidang-restaurant-services.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/simulasi-pertandingan-worldskills-malaysia-belia-wsmb-2019-bidang-restaurant-services.html SIMULASI PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2019 BIDANG RESTAURANT SERVICES.

SIMULASI PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2019 BIDANG RESTAURANT SERVICES.

Bandar Penawar, 24 April 2019 - Simulasi Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2019 Bidang Restaurant Services telah diadakan di Coral Ballroom Jabatan Hospitaliti yang melibatkan dua orang peserta iaitu Saudara Mohamad Luqman Hariz Bin Amir Rasid dan Saudari Nurul Syahfiqah Binti Hisamudin.


Tujuan simulasi pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta suasana sebenar pertandingan disamping dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan mereka. Pihak Pengurusan Tertinggi IKBN Bandar Penawar serta pegawai dan kakitangan turut hadir untuk memberi sokongan serta kata-kata semangat kepada peserta.


Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) 2019 Peringkat Pra-Kelayakan Bidang Restaurant Services akan berlansung pada 3-4 Mei 2019 di IKBN Peretak. Diharapkan agar kejayaan menjadi milik IKBN Bandar Penawar dan dapat melangkah ke peringkat seterusnya.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 25 Apr 2019 11:29:54 +0800
PROGRAM RAKAN MUDA KREATIF [ INOVASI ] DAERAH KOTA TINGGI ANJURAN JABATAN BELIA & SUKAN KOTA TINGGI DI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-rakan-muda-kreatif-inovasi-daerah-kota-tinggi-anjuran-jabatan-belia-sukan-kota-tinggi-di-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-rakan-muda-kreatif-inovasi-daerah-kota-tinggi-anjuran-jabatan-belia-sukan-kota-tinggi-di-ikbn-bandar-penawar.html PROGRAM RAKAN MUDA KREATIF [ INOVASI ] DAERAH KOTA TINGGI ANJURAN JABATAN BELIA & SUKAN KOTA TINGGI DI IKBN BANDAR PENAWAR

PROGRAM RAKAN MUDA KREATIF [ INOVASI ] DAERAH KOTA TINGGI ANJURAN JABATAN BELIA & SUKAN KOTA TINGGI DI IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 19 April 2019 - Seramai 40 peserta daripada pelajar IKBN Bandar Penawar mengambil bahagian dalam menghasilkan senireka kreatif yang menggunakan bahan-bahan berasaskan bijirin bagi menghasilkan imej yang menarik. Majlis Perasmian penutup dan penyampaian sijil disampaikan oleh Puan Wardah Binti Husin, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor. Terima kasih kepada pegawai-pegawai IKBN Bandar Penawar yang turut bersama-sama menjayakan program ini.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 21 Apr 2019 11:10:39 +0800
LAWATAN KERJA IKBN BANDAR PENAWAR KE THE WESTIN DESARU COAST RESORT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-ikbn-bandar-penawar-ke-the-westin-desaru-coast-resort.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-ikbn-bandar-penawar-ke-the-westin-desaru-coast-resort.html LAWATAN KERJA IKBN BANDAR PENAWAR KE THE WESTIN DESARU COAST RESORT

LAWATAN KERJA IKBN BANDAR PENAWAR KE THE WESTIN DESARU COAST RESORT

Desaru, 18 April 2019 - IKBN Bandar Penawar menerima jemputan daripada pihak The Westin Desaru Coast Resort untuk membuat kunjungan dan lawatan industri serta berjumpa dengan Pengurus Besar, Vikram Mujumdar dan Pengarah Sumber Manusia, Caterine Wong daripada The Westin Desaru Coast Resort. IKBN Bandar Penawar diketuai oleh Tuan Pengarah, Mohd Khailani Bin Ismail dan beberapa pegawai yang lain hadir untuk mendengar sesi taklimat berkenaan operasi The Westin Desaru Resort yang bernaung dibawah kumpulan Marriot dan mempunyai lebih 6000 rangkaian hotel serta beroperasi di lebih 130 buah negara dan lebih 30 jenama hotel yang terlibat. Lebih merupakan ayat paling digemari oleh pewaris kumpulan Marriot tersebut. Diharap dengan kerjasama bersama The Westin Desaru Coast Resort ini memberi lebih peluang kepada para graduan IKBN Bandar Penawar khususnya dan para belia amnya dalam mendapatkan pekerjaan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 21 Apr 2019 11:00:59 +0800
PAMERAN DAN PROMOSI IKBN BANDAR PENAWAR DI SMK BANDAR PUTRA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-ikbn-bandar-penawar-di-smk-bandar-putra.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-ikbn-bandar-penawar-di-smk-bandar-putra.html PAMERAN DAN PROMOSI IKBN BANDAR PENAWAR DI SMK BANDAR PUTRA

PAMERAN DAN PROMOSI IKBN BANDAR PENAWAR DI SMK BANDAR PUTRA

Kulai, 15 April 2019 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar melalui Cawangan Hubungan Industri, Publisiti & Seranta diwakili oleh Encik Muhamad Faiz, Encik Ammari dan Encik Mohd Zulhilmi telah mengadakan pameran dan promosi pendidikan di SMK Bandar Putra Kulai untuk memberi penerangan berkenaan penawaran kursus-kursus di IKBN Bandar Penawar dan sesi kemasukan. Tahniah diucapkan kepada pelajar SMK Bandar Putra kerana berminat untuk menceburi bidang kemahiran selepas tamat SPM nanti.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 16 Apr 2019 15:09:13 +0800
PERJUMPAAN ALUMNI DAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI IKBN BANDAR PENAWAR DAN SETIAUSAHA AGONG PERSATUAN ALUMNI ILKBS MALAYSIA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-alumni-dan-majlis-perwakilan-pelajar-mpp-bersama-pengurusan-tertinggi-ikbn-bandar-penawar-dan-setiausaha-agong-persatuan-alumni-ilkbs-malaysia.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perjumpaan-alumni-dan-majlis-perwakilan-pelajar-mpp-bersama-pengurusan-tertinggi-ikbn-bandar-penawar-dan-setiausaha-agong-persatuan-alumni-ilkbs-malaysia.html PERJUMPAAN ALUMNI DAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI IKBN BANDAR PENAWAR DAN SETIAUSAHA AGONG PERSATUAN ALUMNI ILKBS MALAYSIA

PERJUMPAAN ALUMNI DAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI IKBN BANDAR PENAWAR DAN SETIAUSAHA AGONG PERSATUAN ALUMNI ILKBS MALAYSIA

Bandar Penawar, 14 April 2019 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan perjumpaan Alumni dan MPP bersama pengurusan tertinggi IKBN Bandar Penawar dan Setiausaha Agong Persatuan Alumni ILKBS Malaysia, Encik Saiful Hizam di Pusat Sumber IKBN Bandar Penawar. Alumni yang hadir memberi sokongan terdiri daripada batch 2011 - 2018.


Terima kasih kepada alumni yang hadir bagi menjayakan sesi perjumpaan ini. Pada masa yang sama, organisasi alumni IKBNBP diperkukuhkan dengan pemilihan ahli jawatankuasa yang baru.


Sesi perjumpaan ini juga dimeriahkan dengan sesi penyerahan resit pendaftaran ahli alumni ILKBS kepada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 15 Apr 2019 14:12:56 +0800
PROGRAM IMPAK ILKBS @KOMUNITI DAN OUTREACH PROGRAMME 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-dan-outreach-programme-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-dan-outreach-programme-2019.html PROGRAM IMPAK ILKBS @KOMUNITI DAN OUTREACH PROGRAMME 2019

PROGRAM IMPAK ILKBS @KOMUNITI DAN OUTREACH PROGRAMME 2019

Bandar Penawar, 14 April 2019 - Pelbagai aktiviti diadakan sempena Program Impak ILKBS @Komuniti dan Outreach Programme 2019 yang telah diadakan disekitar IKBN Bandar Penawar. Pameran Pendidikan dan Kerjaya yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna dihadiri oleh Kolej Komuniti Bandar Penawar, JTKSM, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), INSTEDT, Aurum Precast Sdn Bhd, Kembla Air-Con (M) Sdn Bhd, C L Pile Sdn Bhd, Hup Seng Construction (M) Sdn Bhd dan Map E & C (M) Sdn Bhd.

 

Manakala aktiviti-aktiviti lain yang diadakan adalah Senamrobik, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Kemahiran TVET, TVET Tour, Temuduga Terbuka, Pertandingan Netball "Sharp Shooter", Pertandingan Sepakan Penalti, Dekorasi Cup Cake dan Cookies, Khidmat Nasihat Perburuhan, Klinik Zapin, Jom Kimpal, Mari Mencuba "Self-Contained Breathing Appratus (SCBA), Pertandingan Memasak dan Fruit Carving, Pertandingan Napkin Folding & Mocktails, Demo Bed Making & Towel Folding, Pertandingan Hiasan Kek, IKAT BALUT, Fun Games, Pusing & Teka. Semua aktiviti terbuka kepada masyarakat sekitar IKBN Bandar Penawar yang hadir.

 

Terima kasih diucapkan kepada pengajar Persatuan Pengiat Zapin Negeri Johor, Chef Fazli dan Mr. Kiwon (F&B Manager) The Westin Desaru Coast Resort dan Pn Hayati dari Sarah Yummy Delight yang turut menjayakan program impak pada hari ini. Tidak lupa kepada SK Bandar Penawar, SMK Bandar Penawar, SMK Tanjung Pengelih, SMKA Bandar Penawar, PASTI Bandar Penawar, Tadika Bestari dan Tadika ABS. Kemeriahan amat dirasai apabila lebih kurang 200 orang telah hadir memeriahkan program ini termasuklah pelajar institut disekitar Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 15 Apr 2019 18:23:58 +0800
LATIHAN SUKAN KONTINJEN IKBNBP BAGI PERSEDIAAN KEJOHANAN SUKAN ILKBS 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/latihan-sukan-kontinjen-ikbnbp-bagi-persediaan-kejohanan-sukan-ilkbs-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/latihan-sukan-kontinjen-ikbnbp-bagi-persediaan-kejohanan-sukan-ilkbs-2019.html LATIHAN SUKAN KONTINJEN IKBNBP BAGI PERSEDIAAN KEJOHANAN SUKAN ILKBS 2019

LATIHAN SUKAN KONTINJEN IKBNBP BAGI PERSEDIAAN KEJOHANAN SUKAN ILKBS 2019

Bandar Penawar, 9 April 2019 - Kontinjen sukan IKBN Bandar Penawar sedang giat menjalani latihan dan perlawanan persahabatan bagi persediaan Kejohanan Sukan ILKBS 2019 di IKTBN Sepang pada 28-30 April 2019. Sukan yang dipertandingkan ialah Bola Sepak, Ragbi Sentuh, Sepak Takraw dan Bola Jaring.

 

Latihan pada hari ini diserikan dengan kehadiran DYAM Tunku Mahkota Johor di SSTMI dan memberi galakan kepada pasukan bola sepak IKBN Bandar Penawar. Turut memberi sokongan Pengurusan Tertinggi IKBN Bandar Penawar dan kakitangan yang terlibat secara langsung sebagai penyelaras dan jurulatih.

 

Semoga kontinjen sukan IKBN Bandar Penawar teruskan latihan dan komitmen agar mampu memperoleh kejayaan di Kejohanan Sukan ILKBS 2019.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 10 Apr 2019 18:09:27 +0800
MESYUARAT JAWATANKUASA PENAWARAN TENAGA KERJA NEGERI JOHOR BIL 2/2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-jawatankuasa-penawaran-tenaga-kerja-negeri-johor-bil-2-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-jawatankuasa-penawaran-tenaga-kerja-negeri-johor-bil-2-2019.html MESYUARAT JAWATANKUASA PENAWARAN TENAGA KERJA NEGERI JOHOR BIL 2/2019

MESYUARAT JAWATANKUASA PENAWARAN TENAGA KERJA NEGERI JOHOR BIL 2/2019

Iskandar Puteri, 8 April 2019 - IKBN Bandar Penawar diwakili Timbalan Pengarah (PL), Encik Mohd Sopian Bin Ibrahim dan Pegawai Cawangan Hubungan Industri, Publisiti & Seranta (CHIPS), Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penawaran Tenaga Kerja Negeri Johor Bil 2/2019 yang dipengerusikan oleh YB Dr. S Ramakrishnan, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Johor.

 

Agensi-agensi yang terlibat ialah ILP, Adtec, IKM,Johor Skills, FMM, JPN Johor dan beberapa agensi lain. Karnival Kerjaya Siri 1 akan diadakan pada 20-21 April 2019 di Galleria Johor Bahru. Untuk makluman juga, IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor akan mengadakan Program Outreach dan Program Impak ILKBS@Komuniti IKBN Bandar Penawar 2019 pada 14 April 2019 (Ahad) ini.

 

Pelbagai aktiviti kemahiran, sukan, kebudayaan dan temuduga terbuka daripada 7 syarikat yang akan hadir yang membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Johor amnya dan Pengerang khasnya pada program Impak ILKBS@Komuniti IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 09 Apr 2019 18:01:18 +0800
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH KOTA TINGGI SESI 2019/2020 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perundingan-belia-daerah-kota-tinggi-sesi-2019-2020.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perundingan-belia-daerah-kota-tinggi-sesi-2019-2020.html MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH KOTA TINGGI SESI 2019/2020

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH KOTA TINGGI SESI 2019/2020

Kota Tinggi, 7 April 2019 - Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Khailani Bin Ismail telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Daerah Kota Tinggi Sesi 2019/2020 yang dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi.

 

Majlis Belia Daerah Kota Tinggi dan Jabatan Belia dan Sukan Kota Tinggi selaku urusetia dan dihadiri oleh Adun Sedili, Adun Johor Lama, Jabatan Kesihatan, Polis, JPAM, Jabatan Agama, ROY, KEJORA, PBT Pengerang, Pendaftar Tanah, AADK, JKR, JBSN Johor dan wakil-wakil Persatuan Belia Johor.

 

Semoga usul yang dicadangkan dapat memastikan belia Negeri Johor khasnya mendapat kebaikan keseluruhannya.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 08 Apr 2019 17:55:29 +0800
PENGARAH IKBN BANDAR PENAWAR MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN APRESIASI 2018 SMK BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pengarah-ikbn-bandar-penawar-merasmikan-majlis-anugerah-kecemerlangan-dan-apresiasi-2018-smk-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pengarah-ikbn-bandar-penawar-merasmikan-majlis-anugerah-kecemerlangan-dan-apresiasi-2018-smk-bandar-penawar.html PENGARAH IKBN BANDAR PENAWAR MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN APRESIASI 2018 SMK BANDAR PENAWAR

PENGARAH IKBN BANDAR PENAWAR MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN APRESIASI 2018 SMK BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 7 April 2019 - Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail dijemput untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Apresiasi 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar pada hari ini.

 

Turut hadir wakil pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Encik Rosman, Pengarah KPM, Encik Md Zan, wakil PBT Pengerang, wakil KEJORA, Kolej Komuniti dan wakil pengurusan Ladang Siang.


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMK Bandar Penawar dan jalinan kerjasama bersama IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 08 Apr 2019 17:47:19 +0800