MAJLIS MENANDATANGANI MOU IKBN BANDAR PENAWAR DAN THE WESTIN DESARU COAST RESORT SEMPENA PROGRAM CAREER FEST ILKBS ZON SELATAN DAN PERTANDINGAN PRA WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA TAHUN 2019 DI IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my Sat, 11 Jul 2020 07:13:37 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my BENGKEL PENGUMPULAN DAN PENGISIAN MAKLUMAT DAFTAR RISIKO PROSEDUR KUALITI MS ISO 9001:2015 IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bengkel-pengumpulan-dan-pengisian-maklumat-daftar-risiko-prosedur-kualiti-ms-iso-9001-2015-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bengkel-pengumpulan-dan-pengisian-maklumat-daftar-risiko-prosedur-kualiti-ms-iso-9001-2015-ikbn-bandar-penawar.html BENGKEL PENGUMPULAN DAN PENGISIAN MAKLUMAT DAFTAR RISIKO PROSEDUR KUALITI MS ISO 9001:2015 IKBN BANDAR PENAWAR

BENGKEL PENGUMPULAN DAN PENGISIAN MAKLUMAT DAFTAR RISIKO PROSEDUR KUALITI MS ISO 9001:2015 IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 25 Februari 2019 - Bengkel pengumpulan dan pengisian maklumat daftar risiko prosedur kualiti diadakan bagi meneliti risiko dan peluang yang perlu dilaksanakan agar IKBN Bandar Penawar mampu mencapai pensijilan MS ISO 9001:2015.

 

Tahniah kepada penyelaras, pasukan Pengurusan Risiko dan Peluang serta pemegang prosedur yang hadir dalam menjayakan bengkel ini dan juga kepada wakil pengurusan IKBN Bandar Penawar yang memberi komitmen bagi melancarkan proses pensijilan ini.

 

Dengan adanya bengkel ini, mampu memberi pencerahan dan kefahaman agar risiko yang ada boleh dirawat dan dicegah serta diatasi.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 26 Feb 2019 12:09:16 +0800
PAMERAN DAN PROMOSI IKBNBP SEMPENA HARI SUKAN & PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA KOTA KECIL http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-ikbnbp-sempena-hari-sukan-pibg-sekolah-kebangsaan-laksamana-kota-kecil.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-dan-promosi-ikbnbp-sempena-hari-sukan-pibg-sekolah-kebangsaan-laksamana-kota-kecil.html PAMERAN DAN PROMOSI IKBNBP SEMPENA HARI SUKAN & PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA KOTA KECIL

PAMERAN DAN PROMOSI IKBNBP SEMPENA HARI SUKAN & PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA KOTA KECIL

Kota Tinggi, 24 Februari 2019 - IKBN Bandar Penawar sedang giat mempromosikan kursus-kursus sepenuh masa bagi kemasukan sesi Julai 2019 dan separuh masa bagi kemasukan yang dibuka sepanjang tahun.

 

Bagi sesi kemasukan Julai, IKBN Bandar Penawar menawarkan 5 bidang kursus sepenuh masa iaitu Sijil Teknologi Kaunter Hadapan, Pengemasan, Penyediaan Pastri, Penyajian dan Penyediaan Makanan. Pengambilan bagi sesi Julai 2019 adalah melalui sistem UPU. Kemasukan adalah terhad iaitu 25 orang bagi setiap jurusan sahaja dan syarat kemasukan sangat mudah hanya perlu lulus SPM.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 25 Feb 2019 12:04:24 +0800
PROGRAM SUKAN RAKYAT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-sukan-rakyat.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-sukan-rakyat.html PROGRAM SUKAN RAKYAT

PROGRAM SUKAN RAKYAT

Bandar Penawar, 14 Februari 2019- Jabatan Hospitaliti telah menganjurkan Program Sukan Rakyat yang melibatkan pengajar dan pelajar dari Jabatan tersebut. Acara sukaneka yang dipertandingkan adalah Golek gelung, Labah-labah terbang, Kereta Sorong, Semakin hari semakin sayang, Lari kain pelikat dan Tarik tali.

 

Setiap pelajar telah dibahagikan kepada lima rumah sukan iaitu rumah kuning, biru, ungu, merah dan hitam. Acara bermula jam 8.00 pagi dan berakhir 1.00 tengahari. Program seperti ini dapat memupuk sikap kerjasama sesama pelajar dan mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 17 Feb 2019 11:43:40 +0800
LAWATAN KERJA KEJORA KE IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-kejora-ke-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-kejora-ke-ikbn-bandar-penawar.html LAWATAN KERJA KEJORA KE IKBN BANDAR PENAWAR

LAWATAN KERJA KEJORA KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 12 Februari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ke institut bagi sesi penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan di sini dan melihat fasiliti yang tersedia di IKBN Bandar Penawar. Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak KEJORA diwakili oleh Encik Abdul Rahman dan Encik Suhaimi amat tertarik dan berminat dengan kursus-kursus yang dijalankan di Institut.

 

Pihak KEJORA berhasrat untuk membantu penduduk luar bandar amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas, Hospitaliti dan Perhotelan. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang dijalankan seperti Kursus Penyediaan Makanan, Pastri, Penyajian, Kaunter Hadapan, Pengemasan Bilik, Scaffolding, HSE, Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai. Boleh hubungi IKBN Bandar Penawar sekiranya berminat untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Minyak dan Gas secara jangka pendek.

 

Terima kasih diucapkan kepada pihak KEJORA kerana sudi mengunjungi kami dan berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 13 Feb 2019 15:55:03 +0800
PROGRAM TALK SHOW COMMUNITY COLLABS : HOW 2 YOUTHPRENEUR? http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-talk-show-community-collabs-how-2-youthpreneur.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-talk-show-community-collabs-how-2-youthpreneur.html PROGRAM TALK SHOW COMMUNITY COLLABS : HOW 2 YOUTHPRENEUR?

PROGRAM TALK SHOW COMMUNITY COLLABS : HOW 2 YOUTHPRENEUR?

Kota Tinggi, 22 Februari 2019 - Majlis Belia Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan satu Program Talk Show Community Collabs : How 2 Youthpreneur dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar yang telah berlangsung di Dewan Terbuka FELDA Lok Heng Barat.

 

Program tersebut berjaya menarik minat seramai 40 orang pelajar dari IKBN Bandar Penawar dan agensi-agensi luar. Program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia bagaimana cara untuk menjadikan belia lebih berjaya dari segi perniagaan, kepimpinan dan sebagainya. Program tersebut melibatkan 3 orang panel yang terdiri dari Majlis Belia Malaysia dan usahawan-usahawan muda yang telah berjaya. Salah seorang panel tersebut adalah Encik Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia.

 

Dengan adanya program seperti ini, ia mampu memberi pendedahan dan perangsang untuk golongan muda khususnya golongan belia untuk lebih berani dan berjaya dalam bidang perniagaan.


Disediakan oleh : Encik Ammari Bin Muhammad Rapi
Foto : Encik Ammari Bin Muhammad Rapi

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 24 Feb 2019 15:41:05 +0800
PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kempen-derma-darah.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kempen-derma-darah.html PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH

Bandar Penawar, 18 Februari 2019 - Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu telah mengadakan Program Kempen Derma Darah yang di selaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar. Program berlangsung di Dewan Serbaguna, IKBN Bandar Penawar.

 

Program tersebut telah berlangsung selama 5 jam bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 2 petang. Program tersebut merupakan program pihak hospital dengan kerjasama IKBN Bandar Penawar di mana ianya dilaksanakan setiap tahun. Program ini bertujuan untuk menarik minat warga IKBN Bandar Penawar untuk bersama-sama menderma darah bagi menjayakan kempen derma darah peringkat kebangsaan.

 

Selain warga IKBN Bandar Penawar, program tersebut telah menarik minat agensi-agensi dari luar antaranya Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang dan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru (KRAMSAU). Dengan adanya program seperti ini, ia mampu memberi kesedaran tentang kepentingan menderma darah sekaligus kita dapat berbuat amal dengan membantu pesakit-pesakit yang memerlukan.

 

Disediakan oleh : Encik Ammari Bin Muhammad Rapi
Foto : Encik Ammari Bin Muhammad Rapi

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 19 Feb 2019 15:31:21 +0800
PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BANDAR PENAWAR 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perarakan-maulidur-rasul-peringkat-bandar-penawar-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/perarakan-maulidur-rasul-peringkat-bandar-penawar-2019.html PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BANDAR PENAWAR 2019

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BANDAR PENAWAR 2019


Bandar Penawar, 31 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar telah menyertai satu Pertandingan Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2019M/1440H Anjuran bersama PBT Pengerang, KEJORA dan Masjid As-Syifa bertempat di Masjid As -Syifa Bandar Penawar. Seramai 51 orang pelajar lelaki menyertai pertandingan tersebut diiringi oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri.


Dengan bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”, para peserta begitu bersemangat berarak sambil berselawat diikuti dengan paluan kompang berarak sejauh 800 meter bermula dari Dewan Besar Kejora dan berakhir di Masjid As-Syifa’ Bandar Penawar. Setibanya di sana, para peserta mendengar pula satu Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah terkenal tanah air, Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim.


IKBN Bandar Penawar telah menjadi Johan Sepanduk bagi Kategori Institut Pengajian Tinggi dan Naib Johan Perarakan bagi kategori yang sama. Tahniah dan syabas kepada semua peserta IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 04 Feb 2019 15:34:41 +0800
BACAAN YASIN BULAN JANUARI 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bacaan-yasin-bulan-januari-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bacaan-yasin-bulan-januari-2019.html BACAAN YASIN BULAN JANUARI 2019

BACAAN YASIN BULAN JANUARI 2019


Bandar Penawar, 13 Jan 2019 - IKBN Bandar Penawar telah mengadakan satu Majlis Bacaan Yasin serta Doa Selamat di Bilik Mesyuarat IKBN Bandar Penawar. Majlis tersebut dihadiri semua kakitangan IKBN Bandar Penawar yang bergama Islam.


Majlis bacaan tersebut adalah majlis rutin bulanan IKBN Bandar Penawar yang mana diadakan sebulan sekali pada hari Ahad setiap minggu kedua setiap bulan. Majlis yang dikendalikan oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri bermula jam 9.00 pagi dan berakhir dengan sedikit jamuan ringkas pada jam 10.00 pagi.


Program sebegini diadakan bagi memohon keberkatan serta kerahmatan daripada Allah s.w.t selain ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 13 Jan 2019 15:21:47 +0800
LAWATAN KERJA DAN SUAI KENAL MAJLIS BELIA DAERAH KOTA TINGGI KE IKBNBP http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-dan-suai-kenal-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-ke-ikbnbp.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-dan-suai-kenal-majlis-belia-daerah-kota-tinggi-ke-ikbnbp.html LAWATAN KERJA DAN SUAI KENAL MAJLIS BELIA DAERAH KOTA TINGGI KE IKBNBP

LAWATAN KERJA DAN SUAI KENAL MAJLIS BELIA DAERAH KOTA TINGGI KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 28 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak MBD Kota Tinggi ke institut bagi sesi penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan dan melihat fasiliti yang tersedia. Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak MBD Kota Tinggi diwakili oleh En. Mohd Fauzan amat tertarik dan berminat dengan kursus-kursus yang dijalankan di Institut dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama.

 

Pihak MBD Kota Tinggi berhasrat untuk membantu penduduk Kota Tinggi amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas, Hospitaliti dan Perhotelan. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang dijalankan seperti Kursus Penyediaan Makanan, Pastri, Penyajian, Kaunter Hadapan, Pengemasan Bilik, Scaffolding, Health, Safety & Enviroment (HSE), Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai.

 

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi IKBN Bandar Penawar untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Minyak dan Gas secara jangka pendek. Terima kasih diucapkan kepada pihak MBD Kota Tinggi kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 29 Jan 2019 12:45:28 +0800
LAWATAN SUAI KENAL PENGERANG TERMINALS SDN BHD (PTSB) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-suai-kenal-pengerang-terminals-sdn-bhd-ptsb.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-suai-kenal-pengerang-terminals-sdn-bhd-ptsb.html LAWATAN SUAI KENAL PENGERANG TERMINALS SDN BHD (PTSB)

LAWATAN SUAI KENAL PENGERANG TERMINALS SDN BHD (PTSB) KE IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 23 Januari 2019 - IKBN Bandar Penawar mengalu-alukan kedatangan pihak PTSB ke institut bagi sesi penerangan mengenai kursus-kursus yang dijalankan dan melihat fasiliti yang tersedia. Sepanjang lawatan dan perbincangan, pihak PTSB diwakili oleh Cik Nurfanah amat tertarik dan berminat dengan kursus-kursus yang dijalankan di Institut dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama.


Pihak PTSB berhasrat untuk membantu penduduk Pengerang amnya dalam mendapatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai bidang Minyak dan Gas. Sehubungan dengan itu, masyarakat sekitar dan para belia perlu mengambil peluang ini dan menyertai kursus-kursus yang dijalankan seperti Kursus Scaffolding, Health, Safety & Enviroment (HSE), Kimpalan, Confine Space dan lain-lain. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan akan tetapi memerlukan kemahiran yang sesuai. IKBN Bandar Penawar menawarkan kepada sesiapa saja yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang Minyak dan Gas secara jangka pendek.

 

Terima kasih diucapkan kepada pihak PTSB kerana berminat dengan penawaran kursus daripada IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 24 Jan 2019 12:29:42 +0800