IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 02 July 2019 17:49

Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu IKBN Bandar Penawar

Written by
Rate this item
(0 votes)

Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 1 Julai 2019 - Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu IKBN Bandar Penawar mendapat sambutan menggalakkan. Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang mempercayai Bidang Teknikal & Vokasional mampu memberikan peluang kerjaya kepada anak-anak mereka. Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang menerima tawaran belajar di IKBN Bandar Penawar yang merupakan ILKA dibawah Kementerian Belia & Sukan.

 

IKBN Bandar Penawar menawarkan kursus- kursus sepenuh masa dalam bidang Perhotelan & Hospitaliti dan kursus separuh masa dalam bidang Minyak & Gas. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail manakala taklimat berkenaan IKBN Bandar Penawar disampaikan oleh Timb. Pengarah (Pengurusan Latihan) Encik Mohd Sopian Bin Ibrahim. Gimik pelancaran diadakan dengan serahan patung Beruang beserta bagasi sebagai tanda simbolik penyerahan tanggungjawab ibu bapa kepada pihak IKBN Bandar Penawar. Bacaan ikrar wakil pelajar dan ibu bapa juga diadakan. Tidak lupa ditayangkan amanat Ketua Pengarah BPKB KBS, YBhg Dato’ Dr Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 173 times Last modified on Isnin, 08 July 2019 18:06
 
Find us on Facebook
Follow Us