Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my Sat, 16 Jan 2021 19:33:05 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my KARNIVAL SUKAN PRA-UNIVERSITI ANJURAN SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/137-karnival-sukan-pra-universiti-anjuran-sekolah-sukan-tunku-mahkota-ismail-sstmi.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/137-karnival-sukan-pra-universiti-anjuran-sekolah-sukan-tunku-mahkota-ismail-sstmi.html KARNIVAL SUKAN PRA-UNIVERSITI ANJURAN SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid

KARNIVAL SUKAN PRAUNIVERSITI ANJURAN SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI)

Bandar Penawar, 6 Mac 2016 – Seramai 23 orang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar yang terdiri daripada atlit tenpin bowling (5 orang) dan bola sepak (18 orang) telah menyertai Program Karnival Sukan Prauniversiti SSTMI baru-baru ini yang diadakan pada 1 & 2 Mac 2016 bertempat di Dewan Arena Bowling dan Padang Sintetik A, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor. Program ini merupakan anjuran Pelajar Pra-universiti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar SSTMI.


Berbekalkan suntikan kata-kata semangat daripada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli, kontinjen atlit IKBN Bandar Penawar telah berjaya memperolehi keputusan yang baik dalam dua acara yang dianjurkan sepanjang karnival ini berlangsung. Pasukan bola sepak IKBN Bandar Penawar telah berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan. Manakala pasukan tenpin bowling IKBN Bandar Penawar pula telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan.

 

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli di atas sokongan yang diberikan kepada kontinjen ini. Turut diucapkan sekalung tahniah diucapkan kepada para atlit, jurulatih dan pengurus pasukan yang mewakili IKBN Bandar Penawar sepanjang berlangsungnya karnival ini. Semoga prestasi dan kejayaan kontinjen ini akan menjadi pemangkin semangat para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih dalam apa jua pertandingan yang melibatkan IKBN Bandar Penawar di masa akan datang.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 06 Mar 2016 23:36:00 +0800
PROGRAM LAWATAN NAZIRAN SISTEM PERANCANGAN DAN KAWALAN BELANJAWAN (eSPKB) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/136-program-lawatan-naziran-sistem-perancangan-dan-kawalan-belanjawan-espkb.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/136-program-lawatan-naziran-sistem-perancangan-dan-kawalan-belanjawan-espkb.html PROGRAM LAWATAN NAZIRAN SISTEM PERANCANGAN DAN KAWALAN BELANJAWAN (eSPKB)

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari

PROGRAM LAWATAN NAZIRAN SISTEM PERANCANGAN DAN KAWALAN BELANJAWAN (eESPKB)

Bandar Penawar, 6 Mac 2016 – Satu Program Lawatan Naziran Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan (eSPKB) dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor telah hadir seramai 4 orang pegawai yang diketuai oleh Puan Suryani Binti Supaat.


Pegawai dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan yang terlibat menyediakan semua dokumen ialah Noor Salawati Binti M. Said, Siti Hawa Binti Dasuki dan Jalalludin Bin Hussin. Lawatan diadakan untuk memastikan setiap agensi kerajaan mematuhi peraturan eSPKB.


Lawatan Naziran ini meneliti Sampel Dokumen Kewangan, Senarai Dokumen Fail, Baucar Bayaran dan lain-lain dokumen. Lawatan ini diakhiri dengan Majlis Sesi ‘Q&A’ di antara pegawai-pegawai Pentadbiran dan Kewangan IKBN Bandar Penawar dengan pegawai Naziran Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan jamuan ringan pada jam 4.30 petang.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 06 Mar 2016 23:33:00 +0800
HARI SUKAN JABATAN HOSPITALITI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/135-hari-sukan-jabatan-hospitaliti-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/135-hari-sukan-jabatan-hospitaliti-ikbn-bandar-penawar.html HARI SUKAN JABATAN HOSPITALITI IKBN BANDAR PENAWAR

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Mohd Rusli
Foto : Encik Megat Hafizi Bin Megat Jamil
HARI SUKAN JABATAN HOSPITALITI IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 10 - 12 Mac 2016 – Bertempat di Gelanggang Futsal dan Bola Tampar IKBN Bandar Penawar, Jabatan Hospitaliti telah menganjurkan Hari Sukan Jabatan Hospitaliti 2016. Antara acara yang dipertandingkan ialah perlawanan Bola Jaring, Bola Tampar dan Futsal.


Seramai 136 orang pelajar Jabatan Hospitaliti dan Tenaga Pengajar Jabatan Hospitaliti seramai 9 orang terlibat dengan acara tersebut. Acara ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan pengajar melalui aktiviti yang bermanfaat dan sihat. Selain itu dapat menerapkan budaya sukan dikalangan pelajar bagi meningatkan tahap kecergasan setiap pelajar dan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang pengurusan acara sukan.


Acara Futsal tempat pertama dimenangi oleh pelajar Penyajian, bagi acara Bola Tampar tempat pertama dimenangi oleh pelajar Penyediaan Makanan. Pertandingan Bola Jaring tempat pertama dimenangi oleh pelajar Penyajian. Tahniah kepada yang berjaya, diharap acara seperti ini dapat dilaksanakan setiap tahun bagi menerapkan gaya hidup sihat dikalangan para pelajar.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 10 Mar 2016 23:31:00 +0800
PROGRAM SOLAT SUNAT BERJEMAAH GERHANA MATAHARI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/134-program-solat-sunat-berjemaah-gerhana-matahari.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/134-program-solat-sunat-berjemaah-gerhana-matahari.html PROGRAM SOLAT SUNAT BERJEMAAH GERHANA MATAHARI

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari

PROGRAM SOLAT SUNAT BERJEMAAH GERHANA MATAHARI

Bandar Penawar, 9 Mac 2016 – Satu Program Solat Gerhana Matahari berjemaah telah diadakan jam 8.30 pagi di Surau IKBN Bandar Penawar selaras dengan kejadian semasa Gerhana Matahari. Gerhana matahari separa yang jarang-jarang sekali berlaku dapat disaksi dengan jelas di sini. Fenomena alam ini menunjukan kebesaran maha pencipta dan menimbulkan rasa keinsafan.


Program dimulakan dengan tunjuk ajar dan demontrasi cara-cara melaksanakan solat sunat berjemaah Gerhana Matahari oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri. Usai solat berjemah majlis diteruskan dengan ceramah khas yang bertajuk “Kisah Imam Ghazali dengan anak-anak muridnya” untuk menerapkan hubungan yang baik dengan pegawai dan pelajar di IKBN Bandar Penawar.


Program telah dihadiri oleh pelajar, kakitangan IKBN Bandar Penawar, kakitangan syarikat Kontraktor Kebersihan dan Kawalan Keselamatan IKBN Bandar Penawar. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi dan telah berakhir jam 10.30 pagi.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 09 Mar 2016 23:26:00 +0800
PROGRAM PERTANDINGAN IKBN BANDAR PENAWAR IDOL 2016 “MENGGAPAI BINTANG LAGENDA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/132-program-pertandingan-ikbn-bandar-penawar-idol-2016-menggapai-bintang-lagenda.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/132-program-pertandingan-ikbn-bandar-penawar-idol-2016-menggapai-bintang-lagenda.html PROGRAM PERTANDINGAN IKBN BANDAR PENAWAR IDOL 2016 “MENGGAPAI BINTANG LAGENDA

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Saudari Nurul Hani bt Ahmad Mohamad & Nurul Anis binti Muahd Nor

PROGRAM PERTANDINGAN IKBN BANDAR PENAWAR IDOL 2016 “MENGGAPAI BINTANG LAGENDA

Bandar Penawar, 16 Mac 2016 – Satu Program Pertandingan IKBN Bandar Penawar IDOL 2016 bertemakan “Menggapai Bintang Lagenda” telah diadakan pada 12 Mac 2016 bagi mencungkil bakat dikalangan pelajar dalam bidang seni suara. Program ini telah disertai oleh seramai 10 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada wakil Tahap 1 dan Tahap 2 bagi setiap jurusan.


Pada sebelah petang, seramai 10 orang peserta telah bersaing untuk merebut lima tempat diperingkat akhir yang berlangsung sebelah malam. Daripada 10 orang, 5 orang pelajar yang layak ke peringkat akhir ialah Mohd Izwan Izzuddin bin Azadan (Juara), Nur Syuhada binti Azzian (naib juara), Mohd Haidir bin Hussin (ketiga), Nur Dahliana binti Khalid (keempat) dan Mohd Harith Danial bin Rosdi (kelima). Bersesuaian dengan temanya “Menggapai Bintang Lagenda”, pelajar dikehendaki menyampaikan lagu bertemakan kerohanian pada pusingan pertama dan satu lagu yang pernah didendangkan oleh bintang-bintang lagenda tanah air pada pusingan kedua.


Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Bandar Penawar dan Sekretariat Rakan Muda dengan dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 16 Mar 2016 23:06:00 +0800
KEJOHANAN FUTSAL LELAKI TERTUTUP SEMPENA HARI KEPUTERAAN D.Y.M.M SULTAN JOHOR 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/131-kejohanan-futsal-lelaki-tertutup-sempena-hari-keputeraan-d-y-m-m-sultan-johor-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/131-kejohanan-futsal-lelaki-tertutup-sempena-hari-keputeraan-d-y-m-m-sultan-johor-2016.html KEJOHANAN FUTSAL LELAKI TERTUTUP SEMPENA HARI KEPUTERAAN D.Y.M.M SULTAN JOHOR 2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Saudara Aizat Muzarreq bin Mustafa

KEJOHANAN FUTSAL LELAKI TERTUTUP SEMPENA HARI KEPUTERAAN D.Y.M.M SULTAN JOHOR 2016

Bandar Penawar, 20 Mac 2016 – Seramai 23 orang pelajar dari IKBN Bandar Penawar telah menyertai satu Kejohanan Futsal Lelaki Tertutup yang diadakan sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M yang diadakan pada 19 Mac 2016 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Larkin, Johor. Program yang mendapat penyertaan sebanyak 52 pasukan ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Sport Recreation Community Club Parlimen Johor Bahru.


Pada kejohanan ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar telah menghantar dua pasukan yang berjaya mendapat keputusan memberangsangkan. Pasukan pertama (G.O.T.A) telah layak sehingga ke peringkat suku akhir pertama. Pasukan kedua pula (Ambassador) telah layak sehingga ke peringkat suku akhir kedua setelah tewas 0-2 ditangan pasukan Putera Rayyan F.T yang berjaya merangkul gelaran naib johan dalam Kejohanan ini.

 

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan, jurulatih dan pegawai pengiring diatas pencapaian mereka dalam kejohanan ini dan semoga ilmu dan pengalaman ini akan digunakan sepenuhnya dalam pertandingan seumpamanya dimasa akan datang. Ucapkan setinggi terima kasih juga kepada Pengarah IKBN Bandar Penawar, Zahrin Bin Romli yang menyokong sepenuhnya penyertaan pelajar IKBN Bandar Penawar dalam kejohanan ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 20 Mar 2016 22:58:00 +0800
PROGRAM GOTONG ROYONG DAN PROGRAM HIJAU BUMIKU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/130-program-gotong-royong-dan-program-hijau-bumiku.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/130-program-gotong-royong-dan-program-hijau-bumiku.html PROGRAM GOTONG ROYONG DAN PROGRAM HIJAU BUMIKU

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

PROGRAM GOTONG ROYONG DAN PROGRAM HIJAU BUMIKU

Bandar Penawar, 29 Mac 2016 – Satu Program Gotong Royong dan Program Hijau Bumiku anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Bandar Penawar dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar telah diadakan pada 27 Mac 2016 bagi memupuk sikap tolong-menolong dan semangat cintakan alam semulajadi dikalangan peserta. Program ini telah diadakan di kawasan Kampung Punggai, Pengerang dan disertai oleh seramai 38 orang pelajar IKBN Bandar Penawar.


Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti membersihkan kawasan pantai dan kawasan perumahan di Kampung Punggai. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 29 Mar 2016 21:05:00 +0800
PROGRAM WELDING QUALIFIED TEST (WQT) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/129-program-welding-qualified-test.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar/item/129-program-welding-qualified-test.html PROGRAM WELDING QUALIFIED TEST (WQT)

Disediakan oleh : Encik Abdul Ghani Bin Amat Bedah

Foto : Encik Abdul Ghani Bin Amat Bedah

PROGRAM WELDING QUALIFIED TEST (WQT)

Bandar Penawar, 6 April 2016 – Seramai 19 orang peserta telah telibat dengan program Welding Qualified Test (WQT) yang telah dianjurkan oleh syarikat MMC Service Sdn. Bhd. Program di adakan di Bengkel Kimpalan IKBN Bandar Penawar bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.

 

Program WQT ini adalah untuk mentauliah welder untuk bekerja di tapak pembinaan Projek RADIP di bawah syarikat kontraktor utama iaitu MMC Engineering Sdn. Bhd. Peserta perlu melakukan proses SMAW 2G dan 3G, seramai 15 orang peserta telah berjaya dan akan diambil bekerja sebagai sub-contractor MMC Engineering Sdn. Bhd.


Program ini adalah di bawah projek Cogen Pengerang Johor. Program-program seperti ini dapat memberi laluan dan membuka peluang kepada peserta yang mempunyai kemahiran untuk berkeja dengan syarikat-syarikat besar. Pada masa akan datang diharap program-program seperti ini dapat diteruskan supaya lebih ramai lagi akan mendapat peluang kerjaya yang lebih luas dalam bidang ini.

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKBN Bandar Penawar Wed, 06 Apr 2016 20:51:00 +0800