IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 31 October 2017 10:38

MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31 DI IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31 DI IKBN BANDAR PENAWAR


Bandar Penawar, 31 Oktober 2017 – Selesai sudah Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-31 yang diadakan di IKBN Bandar Penawar. Seramai 377 orang pelajar dari IKBN/IKTBN dan AKBG dan KKBP telah bertanding dalam 3 acara yang dipertandingkan iaitu Tenpin Bowling, Badminton dan Futsal. Majlis penutup diadakan jam 2.30 petang di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari bermula 29 sehingga 31 Oktober 2017.


Ketibaan YBhg. Puan Haslina Binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan dan dif-dif jemputan disambut meriah dengan persembahan Tarian Zapin di bawah bimbingan Majlis Kebudayaan Daerah Kota Tinggi. Acara majlis dimulakan dengan Nyayian Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan Lagu Dari Belia untuk Belia. Bagi memohon kerahmatan majlis, bacaan doa dialunkan oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Ghazali, Pengarah IKBN Bandar Penawar.


Majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian Penutupan oleh YBhg. Puan Haslina Binti Abdul Hamid TKSU(S). Selesai ucapan beliau acara diteruskan dengan tayangan video sepanjang kejohanan berlangsung. YBrs. Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Ghazali dijemput naik ke pentas bagi menyampaikan cenderahati kepada ketua-ketua kontijen. Majlis di teruskan dengan persembahan Tarian Zapin dan cabutan bertuah. YBhg. Puan Haslina Binti Abdul Hamid TKSU(S) dijemput naik ke pentas diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Ghazali dan YBrs. Tuan Badari Bin Awang Damit, Pengarah (HEP) Cawangan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar bagi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang setiap acara yang dipertandingkan.


Kejohanan sukan ini secara umumnya bertujuan untuk menerapkan budaya bersukan di kalangan para pelajar sekaligus menerapkan amalan gaya hidup yang sihat dan cergas serta memupuk hubungan baik dikalangan pelajar dan warga ILKBS melalui penyertaan yang bermuafakat. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Institut-institut Latihan Kemahiran Belia & Sukan (ILKBS), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, Kompleks Rakan Muda Sukan Air & Udara (KRAMSAU), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Majlis Sukan Negeri Johor, Balai Polis Bandar Penawar, Klinik Kesihatan Bandar Penawar, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Alumni IKBN Bandar Penawar dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-31 di IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin BInti Rambat
Foto disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 1374 times Last modified on Isnin, 06 November 2017 11:17