IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 12 June 2019 17:36

Majlis Penyampaian Sijil SKM Kepada Pekerja Lotus Desaru Beach Resort & Spa Bagi Program SLDN

Written by
Rate this item
(0 votes)

Majlis Penyampaian Sijil SKM Kepada Pekerja Lotus Desaru Beach Resort & Spa Bagi Program SLDN

Desaru, 11 Jun 2019 - Satu Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran Malaysia (SLDN) telah diadakan di Bougainvillea Hall, Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Majlis penyampaian sijil tersebut diadakan bertujuan untuk menghargai perantis-perantis yang telah berjaya menamatkan Program SLDN bersama IKBN Bandar Penawar. Tujuan utama program dijalankan untuk melahirkan pekerja yang berpengetahuan (K-Workers) yang merangkumi elemen teknikal, sosial & kemanusiaan, metadologi & pembelajaran. Seramai 36 orang telah berjaya dipersijilkan SKM iaitu 25 perantis SKM tahap 2 dan 11 perantis SKM tahap 3 melibatkan Jurusan Penyediaan Makanan dan Penyajian. Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Khailani Bin Ismail, Pengarah IKBN Bandar Penawar dan diiringi oleh Puan Asnidah Binti Tationo, HR Manager Lotus Desaru Beach Resort & Spa.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 292 times
 
Find us on Facebook
Follow Us