IKBN



PEKAN

 
Rate this item
(0 votes)

MAJLIS PERASMIAN BENGKEL STRUKTUR PESAWAT IKBN PEKAN

 

Disediakan Oleh : Mohd Jalil bin Mohamad Arshad

Disunting Oleh : NurKhalilah Atiqah binti Mohamad Othman

PEKAN, 18 Februari 2019 - IKBN Pekan telah mengadakan Majlis Perasmian Bengkel Pembaikan Struktur Pesawat yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sempena lawatan kerja beliau ‘Jelajah Pantai Timur’.

 

Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat (JPSP) IKBN Pekan telah membuat pengambilan bermula awal tahun 2016. Kursus JPSP terbahagi kepada 2 bidang iaitu Sheet Metal Repair dan Composite Repair. Sepanjang kursus ini dijalankan, pihak IKBN Pekan telah menjalinkan kerjasama (MoU) dengan beberapa buah syarikat aviation seperti Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) Batu Berendam, Melaka, Sepang Aircarft Engineering Sdn.Bhd. (SAE) Sepang, Selangor dan SME Aerospace Sdn.Bhd. Sungai Buloh, Selangor.


Dalam ucapan perasmian beliau, YB Syed Saddiq berkata, “Industri Aeroangkasa dan Oil and Gas adalah merupakan antara industri yang terpenting dalam negara dengan kadar pembayaran gaji bermula RM1900 dan pada masa yang sama kadar pengangguran teramat rendah iaitu sebanyak 2 hingga 3%”.YB Menteri juga menyatakan bahawa IKBN Pekan sentiasa prihatin mengikut arus semasa dan dalam masa yang sama telah menjadi salah sebuah IKBN yang cemerlang dalam menggerakkan usaha membantu anak muda. YB Menteri juga akan mencari jalan bagi menaik taraf IKBN Pekan ke IKTBN Pekan supaya peluang pekerjaan lebih cerah dengan kadar gaji yang lebih tinggi dapat ditawarkan kepada pelajar disini pada masa hadapan.


Pada majlis ini juga telah diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan kerjasama industri dan juga sumbangan kepada mangsa kebakaran dan kemalangan pelajar IKBN Pekan dan IKTBN Temerloh yang turut disampaikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan.


Setelah selesai majlis perasmian tersebut, pihak industri telah mengadakan perjumpaan bersama pelajar-pelajar Semester 3 dan pelajar kursus jangka pendek untuk berkongsi maklumat bagi pelajar yang ingin membuat latihan industri pada semester hadapan. Antara pihak syarikat yang terlibat adalah seperti SME Aerospace SDN.BHD, CTRM SDN.BHD dan SAE SDN.BHD.

 

Read 680 times Last modified on Selasa, 19 February 2019 16:07
 
Find us on Facebook
Follow Us