IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 16 March 2016 23:06

PROGRAM PERTANDINGAN IKBN BANDAR PENAWAR IDOL 2016 “MENGGAPAI BINTANG LAGENDA

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Saudari Nurul Hani bt Ahmad Mohamad & Nurul Anis binti Muahd Nor

PROGRAM PERTANDINGAN IKBN BANDAR PENAWAR IDOL 2016 “MENGGAPAI BINTANG LAGENDA

Bandar Penawar, 16 Mac 2016 – Satu Program Pertandingan IKBN Bandar Penawar IDOL 2016 bertemakan “Menggapai Bintang Lagenda” telah diadakan pada 12 Mac 2016 bagi mencungkil bakat dikalangan pelajar dalam bidang seni suara. Program ini telah disertai oleh seramai 10 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada wakil Tahap 1 dan Tahap 2 bagi setiap jurusan.


Pada sebelah petang, seramai 10 orang peserta telah bersaing untuk merebut lima tempat diperingkat akhir yang berlangsung sebelah malam. Daripada 10 orang, 5 orang pelajar yang layak ke peringkat akhir ialah Mohd Izwan Izzuddin bin Azadan (Juara), Nur Syuhada binti Azzian (naib juara), Mohd Haidir bin Hussin (ketiga), Nur Dahliana binti Khalid (keempat) dan Mohd Harith Danial bin Rosdi (kelima). Bersesuaian dengan temanya “Menggapai Bintang Lagenda”, pelajar dikehendaki menyampaikan lagu bertemakan kerohanian pada pusingan pertama dan satu lagu yang pernah didendangkan oleh bintang-bintang lagenda tanah air pada pusingan kedua.


Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Bandar Penawar dan Sekretariat Rakan Muda dengan dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 2615 times Last modified on Rabu, 20 April 2016 18:52