IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Sabtu, 20 February 2016 23:40

PROMOSI IKBN BANDAR PENAWAR DI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016 ANJURAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto : Encik Mohd Junaidi Samsudeen

PROMOSI IKBN BANDAR PENAWAR DI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016 ANJURAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PERSADA Johor, 20 - 21 Febuari 2016 – Cawangan Hubungan Industri IKBN Bandar Penawar telah menyertai promosi sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh.


Pameran Jom Masuk U 2016 dan Seminar Pengambilan Pelajar telah berlangsung sepanjang dua hari ini untuk memberi pendedahan kepada pengunjung peluang-peluang melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta seluruh Malaysia dan memberi pendedahan berkenaan tabung pendidikan dari pelbagai agensi.  


Semua IPTA, IPTS, ILKA, ILKS dan Agensi-agensi tabung pendidikan telah menyertai pameran ini. Lebih daripada 1000 orang pengunjung telah datang ke Booth IKBN Bandar Penawar untuk mendapatkan maklumat kursus-kursus yang ditawarkan.

Read 2613 times Last modified on Rabu, 20 April 2016 20:47