Pengerang, 26 September 2019 - Satu sesi lawatan tapak ke Rapid Pengerang bersama Kopeja bagi melihat perkembangan dan mengenal pasti keperluan kemahiran yang diperlukan bagi memastikan IKBN Bandar Penawar mampu dan bersedia untuk menawarkan latihan-latihan yang memenuhi kehendak Industri khusus dalam bidang Minyak & Gas. Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Mohd Khailani Bin Ismail dan barisan pegawai IKBN Bandar Penawar amat berpuas hati dengan lawatan ini dan berharap dapat membantu para belia Johor mengikuti kursus-kursus yang mendapat permintaan daripada Industri seterusnya mengeluarkan tenaga mahir yang seiring dengan pasaran semasa.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah