IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 14 January 2020 09:13

JELAJAH PROMOSI IKBNBP BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

Jelajah Promosi IKBNBP Bandar Penawar

Johor, 8 - 14 Januari 2020 - IKBN Bandar Penawar mengadakan jelajah promosi dengan mengedarkan flyers kepada wakil-wakil Ketua penduduk dan secara terus kepada masyarakat untuk memberi peluang kepada para belia untuk belajar dalam bidang kemahiran. Kawasan yang terlibat pada 8 Januari ialah Sedili, UTC Johor Bahru, edaran kepada wakil-wakil pegawai Belia dan Sukan Daerah melibatkan semua daerah Johor dan flat sekitar Larkin.

 

Pada 9 Januari kawasan promosi diadakan di Felda Sening, Felda Tunggal, Felda Adela, Felda Sening, Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi, Pejabat Daerah Kota Tinggi dan IPD Kota Tinggi. Pada 10 Januari 2020 promosi diteruskan di Kota Iskandar Nusajaya dan Pasir Gudang. Pada 12 Januari 2020 kawasan yang terlibat ialah Bandar Sri Perani, Felda Aping Barat dan Timur, Felda Bukit Waha, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Easter, Felda Lok Heng Barat dan Selatan dan Flat Taman Tun Aminah.

 

Pada 13 Januari 2020 kawasan promosi ialah di Felda Air Tawar 1-5, Pasak, PPD Kota Tinggi dan Plaza Kota Tinggi, manakala kumpulan kedua ke Kompleks Penghulu Mukim Kota Tinggi, Madrasah dan Sekolah Tahfiz, Flat PPRT Tebrau, Flat Mount Austin dan pusat internet setempat. Pada 14 Januari 2020 kawasan yang terlibat ialah Taman Cendana Pasir Gudang, UTC Pasir Gudang dan Taman Chempaka Johor Bahru.

 

Promosi diadakan bagi menarik seramai mungkin pelajar untuk belajar di Institut Latihan Kemahiran Awam khususnya IKBN Bandar Penawar yang merupakan agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan. Tidak perlu untuk membuat pinjaman bahkan diberi elaun setiap bulan, makan minum percuma dan penginapan percuma. Tiada lagi alasan untuk para belia tidak melanjutkan pelajaran dan syarat sangat minima iaitu tamat tingkatan 5 sahaja.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 2925 times Last modified on Selasa, 21 January 2020 09:36
 
Find us on Facebook
Follow Us