IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 05 March 2020 16:35

Majlis Perhimpunan Bulanan

Written by
Rate this item
(0 votes)

Majlis Perhimpunan Bulanan

Bandar Penawar, 2 Mac 2020 - Jabatan Hopitaliti yang diketuai oleh Encik Shah Rizan Bin Tamrim, telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan di Dewan Seri Desaru. Pelbagai acara menarik telah disajikan. Tema bagi majlis kali ini adalah Citra Budaya. Dewan Seri Desaru telah di hias mengikut tema yang sangat menggamit pengunjung.

 

Ketibaan Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan disambut dengan alunan kompang dan persembahan tarian. Kemudian majlis diteruskan dengan nyayian lagu Bangsa Johor dan Negaraku diikuti dengan bacaan doa. Kemudian peserta disajikan dengan Tayangan Montaj dan Pesembahan tarian kebudayaan kaum cina dan india.

 

Setelah itu majlis diteruskan dengan ucapan pengarah dan penyampaian anugerah dan sijil kepada Penerima Sijil WSMB, inovasi dan kecemerlangan pelajar terbaik serta anugerah pencapian cemerlang bulanan pegawai. Diselitkan juga gimik penyerahan bendera kepada peserta kontijen WSMB tahun ini. Majlis diteruskan dengan cabutan bertuah dan sambutan hari lahir. Majlis berakhir jam 12.00 tengah hari dengan persembahan zapin dan joget oleh pelajar IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto oleh : PUan Lim Qwee Buay

 

 

Read 5368 times Last modified on Khamis, 05 March 2020 16:59
 
Find us on Facebook
Follow Us