MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my Sun, 20 Sep 2020 00:42:28 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my Perbincangan IKBN Bandar Penawar Bersama Persatuan Kebajikan Harapan Belia Felda http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/4056-perbincangan-ikbn-bandar-penawar-bersama-persatuan-kebajikan-harapan-belia-felda.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/4056-perbincangan-ikbn-bandar-penawar-bersama-persatuan-kebajikan-harapan-belia-felda.html Perbincangan IKBN Bandar Penawar Bersama Persatuan Kebajikan Harapan Belia Felda

Perbincangan IKBN Bandar Penawar Bersama Persatuan Kebajikan Harapan Belia Felda

Bandar Penawar, 6 Februari 2020 - Jabatan Minyak dan Gas mengadakan perbincangan bersama wakil Persatuan Kebajikan Harapan Felda bagi melihat keperluan latihan yang diperlukan oleh belia-belia felda. IKBN Bandar Penawar akan mula mengambil pelajar baharu bagi Jurusan Kimpalan untuk program sepenuh masa bagi kemasukan Julai 2020. Permohonan melalui upu online.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 09 Feb 2020 13:14:47 +0800
Perbincangan IKBN Bandar Penawar Bersama Pengurus- Pengurus Felda http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/4055-perbincangan-ikbn-bandar-penawar-bersama-pengurus-pengurus-felda.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/4055-perbincangan-ikbn-bandar-penawar-bersama-pengurus-pengurus-felda.html Perbincangan IKBN Bandar Penawar Bersama Pengurus- Pengurus Felda

Perbincangan IKBN Bandar Penawar Bersama Pengurus- Pengurus Felda

Bandar Penawar, 6 Februari 2020 - Jabatan Minyak dan Gas mengadakan perbincangan bersama pengurus-pengurus felda bagi melihat keperluan latihan yang diperlukan oleh belia-belia felda. IKBN Bandar Penawar akan mula mengambil pelajar baharu bagi Jurusan Kimpalan untuk program sepenuh masa bagi kemasukan Julai 2020. Sila mohon melalui upu online.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 09 Feb 2020 13:13:10 +0800
Program Kerjaya IKBNBP Bersama The Westin Desaru Coast Resort http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3900-program-kerjaya-ikbnbp-bersama-the-westin-desaru-coast-resort.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3900-program-kerjaya-ikbnbp-bersama-the-westin-desaru-coast-resort.html Program Kerjaya IKBNBP Bersama The Westin Desaru Coast Resort

Program Kerjaya IKBNBP Bersama The Westin Desaru Coast Resort

Desaru, 4 Feb 2020 - Seramai 206 pelajar dan 20 pegawai menyertai program kerjaya bersama The Westin Desaru Coast Resort yang mana pengisiannya melibatkan taklimat berkaitan Marriot & Westin, sesi temuduga dan lawatan ke hotel.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 05 Feb 2020 17:56:04 +0800
SEMINAR IECEX AWARENESS DI SIRIM JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3820-seminar-iecex-awareness-di-sirim-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3820-seminar-iecex-awareness-di-sirim-johor.html SEMINAR IECEX AWARENESS DI SIRIM JOHOR

Seminar IECEx Awareness di SIRIM Johor

Johor Bahru, 15 Januari 2020 - IKBN Bandar Penawar telah menghantar beberapa pengajar dalam bidang Minyak dan Gas bagi menghadiri Seminar IECEx Awareness. Ini bagi persediaan untuk melaksanakan kursus tersebut di IKBN Bandar Penawar pada tahun ini. Kursus ini sedang mendapat permintaan di Industri Minyak dan Gas dan ia merupakan peluang kepada penduduk Kota Tinggi dan Pengerang untuk hadir dan sertai kursus IECEx yang bakal dijalankan di IKBN Bandar Penawar tidak lama lagi. IKBN Bandar Penawar dalam perancangan untuk bekerjasama dengan pihak SIRIM Shah Alam bagi menjayakan program tersebut.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 16 Jan 2020 09:27:44 +0800
JELAJAH PROMOSI IKBNBP BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3819-jelajah-promosi-ikbnbp-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3819-jelajah-promosi-ikbnbp-bandar-penawar.html JELAJAH PROMOSI IKBNBP BANDAR PENAWAR

Jelajah Promosi IKBNBP Bandar Penawar

Johor, 8 - 14 Januari 2020 - IKBN Bandar Penawar mengadakan jelajah promosi dengan mengedarkan flyers kepada wakil-wakil Ketua penduduk dan secara terus kepada masyarakat untuk memberi peluang kepada para belia untuk belajar dalam bidang kemahiran. Kawasan yang terlibat pada 8 Januari ialah Sedili, UTC Johor Bahru, edaran kepada wakil-wakil pegawai Belia dan Sukan Daerah melibatkan semua daerah Johor dan flat sekitar Larkin.

 

Pada 9 Januari kawasan promosi diadakan di Felda Sening, Felda Tunggal, Felda Adela, Felda Sening, Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi, Pejabat Daerah Kota Tinggi dan IPD Kota Tinggi. Pada 10 Januari 2020 promosi diteruskan di Kota Iskandar Nusajaya dan Pasir Gudang. Pada 12 Januari 2020 kawasan yang terlibat ialah Bandar Sri Perani, Felda Aping Barat dan Timur, Felda Bukit Waha, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Easter, Felda Lok Heng Barat dan Selatan dan Flat Taman Tun Aminah.

 

Pada 13 Januari 2020 kawasan promosi ialah di Felda Air Tawar 1-5, Pasak, PPD Kota Tinggi dan Plaza Kota Tinggi, manakala kumpulan kedua ke Kompleks Penghulu Mukim Kota Tinggi, Madrasah dan Sekolah Tahfiz, Flat PPRT Tebrau, Flat Mount Austin dan pusat internet setempat. Pada 14 Januari 2020 kawasan yang terlibat ialah Taman Cendana Pasir Gudang, UTC Pasir Gudang dan Taman Chempaka Johor Bahru.

 

Promosi diadakan bagi menarik seramai mungkin pelajar untuk belajar di Institut Latihan Kemahiran Awam khususnya IKBN Bandar Penawar yang merupakan agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan. Tidak perlu untuk membuat pinjaman bahkan diberi elaun setiap bulan, makan minum percuma dan penginapan percuma. Tiada lagi alasan untuk para belia tidak melanjutkan pelajaran dan syarat sangat minima iaitu tamat tingkatan 5 sahaja.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 14 Jan 2020 09:13:16 +0800
SESI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JANUARI 2020 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3818-sesi-pendaftaran-pelajar-baharu-januari-2020.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3818-sesi-pendaftaran-pelajar-baharu-januari-2020.html SESI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU JANUARI 2020

Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Januari 2020

Bandar Penawar, 6 Januari 2020 - Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang hadir mendaftar di IKBN Bandar Penawar pada hari ini. Seramai 43 orang pelajar telah mendaftar masuk ke IKBN Bandar Penawar. 23 orang mendaftar bagi Kursus Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri Tahap 3), 11 orang mendaftar bagi Kursus Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Kaunter Hadapan Tahap 3) dan 9 orang mendaftar bagi Kursus Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Pengemasan Tahap 3).

 

Di harap pelajar-pelajar ini dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru di IKBN Bandar Penawar bagi menimba ilmu dan mempertingkatkan kemahiran masing-masing. Terima kasih kerana memilih IKBN Bandar Penawar. Kebanyakan pelajar yang mendaftar masuk dihantar oleh ibu bapa seawal jam 8.00 pagi.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 06 Jan 2020 09:07:15 +0800
In House Training Jabatan Hospitaliti http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3751-in-house-training-jabatan-hospitaliti.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3751-in-house-training-jabatan-hospitaliti.html In House Training Jabatan Hospitaliti

In House Training Jabatan Hospitaliti

Bandar Penawar, 1-3 Disember 2019 - Jabatan Hospitaliti IKBN Bandar Penawar telah melaksanakan in-house training yang melibatkan tenaga pengajar dari Bahagian Penyediaan Makanan, Bahagian Penyediaan Pastri dan Bahagian Penyajian.

 

Latihan selama tiga hari ini melibatkan empat tajuk yang berbeza iaitu Art Of Japanese Cuisine, Molecular Gastronomy Technique in Cooking Method, Chocolate Sculpture dan Mastering 2D Arts and 3D Figures. Tenaga pengajar bagi setiap latihan merupakan pengajar dari Jabatan Hospitaliti sendiri di mana mereka telah menghadiri Program Peningkatan Kemahiran yang diaturkan oleh pihak Kementerian.

 

Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk berkongsi ilmu dan kemahiran yang didapati semasa program tersebut bersama dengan tenaga pengajar di Institut.Diharapkan dengan pendekatan seperti ini tiada tenaga pengajar yang terlepas peluang untuk mempelajari dan menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran dalam bidang masing-masing. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 04 Dec 2019 14:48:47 +0800
IKBN Bandar Penawar Berjaya Mendapat Pensijilan MS ISO 9001:2015 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3750-ikbn-bandar-penawar-berjaya-mendapat-pensijilan-ms-iso-9001-2015.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3750-ikbn-bandar-penawar-berjaya-mendapat-pensijilan-ms-iso-9001-2015.html IKBN Bandar Penawar Berjaya Mendapat Pensijilan MS ISO 9001:2015

IKBN Bandar Penawar Berjaya Mendapat Pensijilan MS ISO 9001:2015

Bandar Penawar, 20-21 November 2019 - Tahniah kepada semua kakitangan IKBNBP amnya dan khasnya kepada para pemegang prosedur kualiti serta ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan audit pensijilan MS ISO 9001:2015 stage 2 baru-baru ini. Kejayaan mendapatkan pensijilan ini merupakan hasil kerjasama dan komitmen para pemegang prosedur dalam menjadikan pelaksanaan pengurusan IKBNBP lebih sistematik. Masyarakat awam dan sekitar Bandar Penawar dijemput dan dialu-alukan ke IKBN Bandar Penawar sekiranya ingin mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan penawaran kursus-kursus yang dijalankan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 24 Nov 2019 14:46:25 +0800
Lawatan dan Perbincangan Kerjasama IKBN Bandar Penawar Bersama EEW Malaysia Sdn Bhd http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3749-lawatan-dan-perbincangan-kerjasama-ikbn-bandar-penawar-bersama-eew-malaysia-sdn-bhd.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3749-lawatan-dan-perbincangan-kerjasama-ikbn-bandar-penawar-bersama-eew-malaysia-sdn-bhd.html Lawatan dan Perbincangan Kerjasama IKBN Bandar Penawar Bersama EEW Malaysia Sdn Bhd

Lawatan dan Perbincangan Kerjasama IKBN Bandar Penawar Bersama EEW Malaysia Sdn Bhd

Bandar Penawar, 18 November 2019 - Satu perbincangan bersama syarikat EEW Malaysia Sdn Bhd telah diadakan bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalinkan dan keperluan yang boleh membantu IKBN Bandar Penawar dalam menjadi pusat latihan yang mampu memberikan latihan secara komprehensif dan melahirkan lebih ramai tenaga mahir khususnya dalam bidang Submerge Arc Welding. Terima kasih diucapkan kepada wakil EEW Malaysia Sdn Bhd yang sudi hadir dan menawarkan kerjasama untuk sama-sama menjadikan IKBN Bandar Penawar sebagai pusat latihan yang terunggul.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 19 Nov 2019 14:44:32 +0800
Program Lambaian Kaabah IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3748-program-lambaian-kaabah-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-perhimpunan-bulanan-ikbn-bandar-penawar/item/3748-program-lambaian-kaabah-ikbn-bandar-penawar.html Program Lambaian Kaabah IKBN Bandar Penawar

Program Lambaian Kaabah IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 12 November 2019 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan program Lambaian Kaabah kepada para pelajar dan terbuka kepada kakitangan yang berminat. Program ini memberi peluang kepada para pelajar dan kakitangan untuk mempelajari cara-cara untuk menunaikan umrah dan juga haji. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan kakitangan IKBNBP yang terlibat.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 13 Nov 2019 14:42:58 +0800