IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 26 May 2019 16:21

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

Penawar, 23 Mei 2019 - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April & Mei telah diadakan di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan. Sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya yang akan disambut tidak lama lagi semua pegawai lelaki segak berbaju melayu dan bersamping manakala pegawai wanita ayu berbaju kurung dan bertudung atau berselendang.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diterusakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail. Majlis kemudian diteruskan dengan Simbolik Hari Guru 2019 "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi". Majlis dilengkapi dengan penyampaian hadiah anugerah pekerja terbaik bulanan, penyampaian sumbangan, pengumuman keluar masuk pegawai IKBNBP, penyampaian Cenderahati Sambutan Kelahiran dan Segemen "Tunggu Jangan Tak Tunggu".

 

Perhimpuana bulanan diadakan setiap 2 bulan sekali untuk menghimpunkan semua pelajar, pegawai dan kakitangan kontraktor yang berkerja di IKBN Bandar Penawar untuk berkumpul dan mendengar amanat yang disampaikan oleh Pengarah disamping dapat mengeratkan siratulrahim.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Kamarul Ariffin Bin Muhamad Salim

Read 322 times Last modified on Ahad, 26 May 2019 16:43
 
Find us on Facebook
Follow Us