Bandar Penawar, 18 Mac 2019 - Tahniah diucapkan kepada Encik Lim Chow Kiat, mantan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Bandar Penawar diatas kenaikan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan di KBS. Majlis yang diadakan di Pearl Coffee House, Jabatan Hopitaliti bermula jam 12.30 tengahari dan berakhir jam 1.30 petang.
Majlis diraikan oleh Tuan Pengarah dan seluruh warga IKBN Bandar Penawar dan terima kasih di atas jasa beliau sepanjang berkhidmat di IKBN Bandar Penawar. Penyampaian cenderahati disampaikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail dan diringi oleh Pengerusi Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah. Selain itu, cenderahati disampaikan oleh wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar iaitu Encik Mohd Akmal Adha.
Tahniah dan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Encik Lim Chow Kiat di atas kenaikan pangkat beliau.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah