Bandar Penawar, 4 Jan 2021 - Lawatan promosi dan perbincangan kerjasama ke industri minyak dan gas di Pengerang bagi program minyak dan gas melibatkan bidang kimpalan dan mekanikal. Syarikat yang terlibat ialah Sepadu Tech Services Sdn Bhd diwakili Encik Faizal dan Pegasus Advance Engineering Sdn Bhd diwakili Encik Mior yang memberi sedikit penerangan mengenai aktiviti syarikat dan kesediaan untuk menjalankan program bersama IKBNBP bagi bidang yang berkaitan dan taklimat kepada para pelajar untuk pendedahan industri sebenar. Pegawai CHIPS yang terlibat En Nasrul dan En Mohd Zulhilmi.
Disediakan oleh : Cawangan CHIPS IKBN Bandar Penawar