IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 16 June 2022 17:00

Booth Pameran dan Promosi Kemasukan Ke IKBN Bandar Penawar 2022 Sempena Pengumuman Keputusan SPM Tahun 2022

Written by
Rate this item
(0 votes)

 Kota Tinggi, 16 Jun 2022 – Sebanyak 5 team dari IKBN Bandar Penawar telah pergi ke 5 buah sekolah menengah jemputan sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi bagi mempromosi IKBN Bandar Penawar sempena pengumuman keputusan SPM tahun 2022.

Lima sekolah menegah tersebut adalah SMK Adela, SMK Kota Jaya, SMK Taman Seri Saujana, SMK Bandar Kota Tinggi dan SMK Pengerang Utama. Fokus utama pameran dan promosi kali ini adalah untuk memenuhkan quota pengambilan IKBNBP sesi 2/ 2022 (Ogos) dan penyertaan golongan belia dalam Program Bootcamp Housekeeping.

Terdapat 7 jurusan program sepenuh masa ditawarkan bagi kemasukan Ogos ini iaitu Jurusan Penyediaan Makanan, Penyediaan Pastri, Penyajian Makanan dan Minuman, Operasi Pengemasan (housekeeping), Operasi Kaunter Hadapan (Front Office), Kimpalan dan juga Scaffolding. Para graduan SPM boleh memohon melalui UPU, Borang Kemasukan Dalaman dan juga mengisi Googl Form.

Selain dari booth pameran yang disediakan oleh pihak sekolah, team promosi juga diberi slot taklimat pengenalan IKBN Bandar Penawar sebelum keputusan diumumkan. Pihak institut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan SMK yang terlibat di atas jemputan ini serta syabas dan tahniah kepada semua lepasan SPM tahun 2022. Ingat kemahiran ingat ILKBS. Jom masuk IKBN Bandar Penawar Program tamat jam 1.oo petang.

 

#ILKBS #IKBNBandarPenawar #TVET4LIFE #JommasukIKBN

 

 

Read 4730 times Last modified on Isnin, 20 June 2022 16:04