IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 16 August 2022 12:19

SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU YANG BERJAYA HADIR DAN MENDAFTAR DI IKBN BANDAR PENAWAR BAGI SESI 2/2022

Written by
Rate this item
(0 votes)
Bandar Penawar, 15 Ogos 2022 - Sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar baharu IKBN Bandar Penawar berjalan dengan lancar dan disempurnakan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saipuddin Bin Zakaria serta para pegawai IKBN Bandar Penawar.
Video amanat oleh Pengarah Kemahiran, BPKB, Tuan Shahrul Affendi Bin Baharudin juga ditayangkan kepada para pelajar dan ibu bapa. Selain itu, Timbalan Pengarah (HEP) IKBNBP, Puan Normala Binti Daman turut menyampaikan taklimat berkenaan peraturan-peraturan dan perkara-perkara yang termaktub dalam perjanjian pelajar. IKBN Bandar Penawar menawarkan tujuh (7) bidang kemahiran bagi sesi 2/2022 iaitu
1. Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti ( Penyediaan Makanan )
-SHF 03
2. Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti ( Penyediaan Pastri ) - SHP 03
3. Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti ( Penyajian ) - SHB 03
4. Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti ( Kaunter Hadapan ) - SHH 03
5. Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti ( Pengemasan ) - SHK 03
6. Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal ( Kimpalan ) - SMW 03
7. Sijil Teknologi Awam ( Scaffolding ) - SST 02
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar baharu IKBN Bandar Penawar yang berjaya hadir dan mendaftar serta para ibu bapa yang memberikan sokongan serta komitmen dalam menentukan masa depan cemerlang anak-anak melalui bidang TVET seterusnya memastikan para belia Malaysia amnya mempunyai tahap kemahiran tinggi dan menjadi pekerja mahir.
Bagi yang belum sempat untuk mendaftar, boleh buat permohonan rayuan dengan mengisi pautan ini
Sebarang Pertanyaan Lanjut Sila Hubungi Melalui Aplikasi Whatsapp Di Pautan Di Bawah:
Read 3220 times Last modified on Rabu, 17 August 2022 14:56