IKBN
BANDAR PENAWAR
Kota Tinggi, 16 Jun 2022 – Sebanyak 5 team dari IKBN Bandar Penawar telah pergi ke 5 buah sekolah menengah jemputan sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi bagi mempromosi IKBN Bandar Penawar sempena pengumuman keputusan SPM tahun 2022.
The Westin Desaru Coast, 15 Jun 2022 - Seramai 35 orang pelajar semester akhir dari Jurusan Pengemasan, Kaunter Hadapan dan Penyediaan Makanan bersama 5 orang pegawai IKBN Bandar Penawar telah menyertai Program Career Live @Westin anjuran The Westin Desaru Coast Resort.
Banda Penawar, 02 Jun 2022 - Seramai 20 orang pelajar dan pengajar daripada IKBN Sri Iskandar telah menyertai kursus asas pertolongan cemas yang dianjurkan oleh Bahagian HSE, IKBN Bandar Penawar pada 2 Jun 2022 yang lalu. Kursus diakhiri dengan lawatan ke Galeri Petronas dan RAPID, Pengerang pada hari berikutnya. Terima kasih atas kepercayaan kepada Team HSE IKBN Bandar Penawar.
Disediakan oleh:
Bidang Kesihatan,Keselamatan Dan Alam Sekitar
Bandar Penawar, 14 Jun 2022 - Myfuture Youth Plus sedang berlangsung di IKBN Bandar Penawar bermula 12-16 Jun 2022. Program yang dilaksanakan oleh Bahagian HSE ini melibatkan 2 kursus iaitu Customised Hse & Oil & Gas Safety Passport (OGSP) melibatkan 10 peserta dan fire watcher & working at height customised programme melibatkan 12 peserta. Tahniah kepada semua peserta kerana terpilih menyertai program ini.
KOTA TINGGI, 11 Jun 2022 – Program ini telah dijalankan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi (PBSDKT) dengan kerjasama Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Johor Bahru bermula pada 4 Jun 2022 hingga 11 Jun 2022. Seramai 38 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam 4 kategori yang telah dipertandingkan iaitu, Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Bola Jaring dan Sepak Takraw.
Objektif utama penyertaan pelajar adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka akan situasi perlawanan sebenar yang lebih kompetitif serta sebagai latihan kepada pelajar untuk menghadapi kejohanan Sukan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) pada bulan September nanti.
Pihak IKBN Bandar Penawar mengucapkan tahniah kepada para peserta yang telah memberikan saingan dan komitmen yang jitu dalam kejohanan ini. Diharap dengan penyertaan ini dapat membantu para pelajar terus lebih aktif dan sihat pada masa hadapan.
Disediakan oleh:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar
SEMANGAT: Para pemain bersedia untuk memulakan aksi Sepak Takraw Sports Mania Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar 2022.
BANDAR PENAWAR, 1 April 2022 – Program ini telah berlangsung bermula pada 2 Mac 2022 hingga 27 Mac 2022 yang telah melibatkan semua pelajar-pelajar IKBN Bandar Penawar. Terdapat 7 kategori telah dipertandingkan iaitu, Badminton Berpasukan, Bola Tampar Wanita, Bola Tampar Lelaki, Sepak Takraw, Bola Jaring, Futsal Lelaki, & Futsal Wanita.
20 MAC 2022, AHAD Satu sesi taklimat latihan industri telah diadakan di Pusat Sumber IKBNBP yang melibatkan 22 pelajar semester akhir jurusan Penyajian dan 23 pelajar semester akhir jurusan Penyediaan Pastry. Taklimat didahului oleh Cik Nurul Liyana Binti Rasid, Eksekutif Talent PERKESO JOHOR mengenai persiapan menghadapi alam pekerjaan. Taklimat seterusnya merupakan pengenalan kepada portal MyFuturejobs yang disampaikan oleh En. Muhamad Akmal Bin Shahrudin, Eksekutif Talent PERKESO JOHOR. Di akhir sesi, pelajar didedahkan prosedur dan tatacara menjalani latihan industri yang disampaikan oleh En. Mohd Junaidi Bin Samsudeen, CHIPS IKBNBP. Pihak PERKESO berbesr hati dapat meluangkan masa dan berkongsi maklumat bersama para pelajar IKBN Bandar Penawar dan berhasrat untuk meneruskan kerjasama ini pada masa akan datang. Taklimat tamat pada jam 5.30 petang
#ILKBS #TEAMKBS #TVET4LIFE #IKBNBP #PROFESIONALTERUNGGUL
UNDI: Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar menjalankan tanggungjawab mereka membuang undi di Dewan Seri Desaru.
BANDAR PENAWAR, 19 Januari 2022 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah mengadakan Pilihan Raya untuk Majlis Perwakilan Pelajar yang baharu bagi tahun 2022-2023 di Dewan Seri Desaru, IKBN Bandar Penawar.
BANDAR PENAWAR, 8 Mac 2022 – Seramai 30 orang peserta wanita terdiri daripada pegawai, kakitangan dan pelajar telah menyertai program Kursus Asas Lipatan Napkin dan Penjagaan Kulit Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia Tahun 2022. Program ini merupakan anjuran Pengurusan IKBN Bandar Penawar bagi meraikan golongan wanita di IKBN Bandar Penawar khususnya.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan jenis-jenis lipatan napkin bukan sahaja dalam bentuk teori malah peserta juga diberi peluang mempraktikkan kaedah lipatan tersebut. Peserta juga diberi pengetahuan dalam penjagaan kulit muka wanita yang betul. Kecantikan merupakan perkara yang sangat sinonim kepada wanita. Kecantikan yang dilengkapi pakej adalah suatu kelebihan iaitu kecantikan luaran dan dalaman yang membentuk personaliti seseorang menjadikan dirinya lebih menarik dan lebih berkeyakinan.
Tahun ini, tema sambutan Hari Wanita adalah 'Saksama Bersama'. Tema ini dipilih untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap ketaksamaan terhadap wanita, seterusnya menggalakkan masyarakat berperanan merapatkan jurang ketaksamaan ini. Tema ini juga menekankan semangat kesaksamaan dalam usaha memperkasakan wanita bagi mendapat ruang dan peluang yang adil untuk memajukan potensi diri ke arah kehidupan lebih bermakna dan sejahtera. Ia juga selari dengan tema dipilih pada peringkat antarabangsa, iaitu Gender Equality Today For A Sustainable Tomorrow.
Desaru, 5 Jan 2022 - Perbincangan MoU 2022 dan promosi IKBN Bandar Penawar bersama Anantara Desaru Coast Resort & Villas melibatkan latihan industri pelajar, pengambilan pekerja alumni, bootcamp, SLDN dan TOT pengajar
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan