Mesyuarat Agong Koperasi IKBN Bandar Penawar Berhad Kali Ke-2 http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 21 Oct 2021 11:13:00 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PROGRAM ILKBS CAREER FEST : ZON SELATAN TAHUN 2021 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4951-program-ilkbs-career-fest-zon-selatan-tahun-2021.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4951-program-ilkbs-career-fest-zon-selatan-tahun-2021.html

PROGRAM ILKBS CAREER FEST : ZON SELATAN TAHUN 2021

Bandar Penawar, 23 September 2021 -  Tahniah kepada IKBN Bandar Penawar berjaya memperolehi pingat Perak (Silver) menerusi tiga inovasi yang dihasilkan iaitu Germakill Frame, Rose Mallow Jam dan External Clamping yang dimenangi oleh Peserta iDEA’21

IKTBN Pagoh telah dipilih sebagai hos untuk Program ILKBS Career Fest : Zon Selatan Tahun 2021 yang melibatkan empat (4) ILKBS Zon Selatan iaitu IKTBN Pagoh, IKTBN Chembong, IKTBN Alor Gajah dan IKBN Bandar Penawar.

 

Pelbagai aktiviti juga telah diatur secara maya antaranya ; Ceramah Kerjaya, Forum Bual Bicara Alumni, ‘Try A Skill’, Pameran Maya dan cabutan bertuah bagi memberi impak positif kepada semua pelajar ILKBS khususnya di Zon Selatan dan seluruh pelajar TVET amnya.

 

 Dua orang pelajar Jurusan Pengemasan (Housekeeping) iaitu Nur Ezzaty Binti Mohd Sani dan Nur Fitriah Binti Muhamad Tuah mewakili IKBN Bandar Penawar dalam slot “TRY A SKILL” dengan kemahiran Towel Folding. Selain itu juga, pengajar Jabatan Hospitaliti, Bahagian Pastri, Encik Mohamad Jamilul Iqram Bin Jamalussaid mewakili IKBN Bandar Penawar dalam slot “i-GShoppe ILKBS”.

 

Selain itu juga, Program ILKBS Career Fest : Zon Selatan ini akan dilaksanakan bersekali dengan Majlis Anugerah Pemenang Pertandingan iDEA 2021. iDEA’21 bertemakan “Innovation Technology Towards Sustainable Economy” yang telah dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya mulai 1 Mei hingga 30 Jun 2021

 

Sebanyak 370 projek inovasi telah dipertandingkan mengikut bidang-bidang kemahiran yang telah ditetapkan dengan dua (2) Kategori utama iaitu Kategori ILKBS dan juga Kategori Terbuka. Penyertaan adalah daripada kalangan pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS), Institusi Latihan Kemahiran Awam / Swasta (ILKA / ILKS) termasuk 22 buah ILKBS di seluruh negara.

 

 


 

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 03 Oct 2021 11:50:56 +0800
Program Latihan Sangkutan Industri (LSI) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4908-program-latihan-sangkutan-industri-lsi.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4908-program-latihan-sangkutan-industri-lsi.html Program Latihan Sangkutan Industri  (LSI)

Program Latihan Sangkutan Industri  (LSI)

Pasir Gudang, 27 Mei 2021 - Program Latihan Sangkutan Industri  (LSI) di bawah seliaan CIAST, Shah Alam, Selangor. CIAST merupakan platform Pengajar Kemahiran Institusi Latihan Awam khususnya pengajar  IKBN  untuk diberi pendedahan teknologi bekerja di industri. Sehubungan dengan itu, wakil pengajar Bahagian Kimpalan, Jabatan Minyak dan Gas En Mahathir Bin Mohamad telah mengikuti program LSI tersebut di syarikat Adama Focus Engineering & Construction bertempat di Taman Scientex, Pasir Gudang . Beliau telah menjalani LSI  selama sembilan (9) hari bermula 17 Mei sehingga 27 Mei 2021.

 

Semasa Latihan Sangkutan Industri di syarikat tersebut,  beliau telah diberi peluang melakukan kerja pengukuran, menanda, memotong, mengimpal, mencanai, mengecat beberapa projek . Beliau juga terlibat dengan kerja pemasangan pintu jeriji besi, Grill dan pagar kediaman mengikut jenis bahan yang digunakan seperti Stainless Steel dan Mild Steel mengikut kehendak pelanggan syarikat tersebut. Keseluruhan program LSI ini adalah amat baik bagi menambahkan pengetahuan  serta memantapkan lagi kemahiran pengajar dalam bidang Kimpalan.

Disediakan Oleh : Encik Hairil Anuar Bin Hashim
Foto Oleh : Encik Hairil Anuar Bin Hashim

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 30 May 2021 15:25:50 +0800
Pelajar & Kakitangan IKBN Bandar Penawar Mewakili Daerah Kota Tinggi Bagi Kursus Pengurusan Organisasi “KRM YANG CEKAP” http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4876-pelajar-kakitangan-ikbn-bandar-penawar-mewakili-daerah-kota-tinggi-bagi-kursus-pengurusan-organisasi-krm-yang-cekap.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4876-pelajar-kakitangan-ikbn-bandar-penawar-mewakili-daerah-kota-tinggi-bagi-kursus-pengurusan-organisasi-krm-yang-cekap.html Pelajar & Kakitangan IKBN Bandar Penawar Mewakili Daerah Kota Tinggi Bagi Kursus Pengurusan Organisasi “KRM YANG CEKAP”

Pelajar & Kakitangan IKBN Bandar Penawar Mewakili Daerah Kota Tinggi Bagi Kursus Pengurusan Organisasi “KRM YANG CEKAP”

Pontian, 20 JUN 2021 -  Pihak IKBN Bandar Penawar telah menghantar seramai 5 orang pelajar dan seorang kakitangan IKBN Bandar Penawar untuk mewakili Daerah Kota Tinggi bagi mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Tanjung Piai pada 20 Jun 2021 yang lalu.


Penyertaan kali ini telah diketuai oleh Encik Ammari Bin Muhammad Rapi dari Pegawai Bahgian Hal Ehwal Pelajar, Abdul Wafi Bin Ezaney pelajar Penyediaan Makanan Semesta 3, Siti Aisyah Binti Rosli pelajar Penyediaan Pastri Semesta 3, Nurul Aqilah Binti Zaidi pelajar Penyediaan Pastri Semesta 2, Siti Hajar BInti Abd Razak pelajar Penyediaan Pastri Semesta 2 dan Muhammad Riffhan Bin Saugi pelajar Kimpalan Semesta 1.


Kursus ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para pemimpin dan memantapkan lagi organisasi-organisasi melalui cara pengurusan yang cekap, persekitaran organisasi yang kondusif dan sebagainya. Diharap dengan penyertaan didalam kursus ini mampu mencetuskan ciri-ciri pemimpin yang baik didalam diri belia diluar sana khususnya bagi pelajar-pelajar IKBN Bandar Penawar dan seterusnya mampu menaikkan lagi nama IKBN Bandar Penawar pada masa hadapan.

Disediakan oleh : Encik Raimi Bin Rabuimen
Foto oleh : Encik Raimi Bin Rabuimen

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 29 Jun 2021 14:04:50 +0800
Pelajar IKBN Bandar Penawar Mewakili Daerah Kota Tinggi Bagi Program Rakan Muda KLIK @ KAHOOT! Peringkat Negeri Johor http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4875-pelajar-ikbn-bandar-penawar-mewakili-daerah-kota-tinggi-bagi-program-rakan-muda-klik-kahoot-peringkat-negeri-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4875-pelajar-ikbn-bandar-penawar-mewakili-daerah-kota-tinggi-bagi-program-rakan-muda-klik-kahoot-peringkat-negeri-johor.html Pelajar IKBN Bandar Penawar Mewakili Daerah Kota Tinggi Bagi Program Rakan Muda KLIK @ KAHOOT! Peringkat Negeri Johor

Pelajar IKBN Bandar Penawar Mewakili Daerah Kota Tinggi Bagi Program Rakan Muda KLIK @ KAHOOT! Peringkat Negeri Johor

Pontian, 19 Jun 2021 – Program Rakan Muda Klik @ Kahoot! Peringkat Negeri Johor telah berlangsung pada 19 Jun 2021 (Sabtu) merupakan anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Tanjung Piai yang berlangsung secara atas talian melalui persidangan video.


Terdapat empat orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menyertai program ini iaitu Nur Ezzaty Binti Mohd Sani dari Jurusan Pengemasan Semester 3, Siti ‘Aisyah Binti Zakariah dari Jurusan Kaunter Hadapan Semester 2,  Muhammad Ilman Sadique Bin Saiful Azran dan Nur Hidayah  Binti Suhaimi dari Jurusan Penyediaan Makanan Semester 1. Program ini dilaksanakan menggunakan aplikasi Kahoot! iaitu sebuah platform pembelajaran berasaskan permaianan (kuiz) secara atas talian.

 

Program Rakan Muda Klik @ Kahoot! Ini adalah berbentuk pertandingan dan pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah jaawapan betul tertinggi yang dikumpul sepanjang sesi berlangsung. Untuk pengetahuan semua, Siti ‘Aisyah Binti Zakariah berjaya mendapat tempat sepuluh terbaik dan hadiah akan diberikan dalam bentuk e-tunai.


Diharap kejayaan dan penglibatan pelajar IKBN Bandar Penawar ini dapat menyuntik lagi semangat pelajar-pelajar yang lain untuk terus cemerlang, seterusnya dapat menaikkan lagi nama IKBN Bandar Penawar.

Disediakan oleh : Encik Raimi Bin Rabuimen
Foto oleh : Encik Raimi Bin Rabuimen

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 29 Jun 2021 13:46:43 +0800
Pelajar IKBN Bandar Penawar Menang Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2021 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4835-pelajar-ikbn-bandar-penawar-menang-kejohanan-angkat-berat-remaja-kebangsaan-2021.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4835-pelajar-ikbn-bandar-penawar-menang-kejohanan-angkat-berat-remaja-kebangsaan-2021.html Pelajar IKBN Bandar Penawar Menang Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2021

Pelajar IKBN Bandar Penawar Menang Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2021

Melaka, 11 April 2021 - Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2021 (Sirkit 1) telah berlangsung selama 4 hari pada 5 hingga 9 April 2021 merupakan anjuran Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka.


Kevdylan Wong merupakan pelajar IKBN Bandar Penawar, Jurusan Kimpalan Semester 1 telah menyertai kejohanan ini. Beliau merupakan atlet angkat berat Negeri Sabah dibawah bimbingan Persatuan Angkat Berat Negeri Sabah  dan berkat hasil kesungguhan beliau dalam sukan ini, beliau berjaya menduduki tempat kedua dengan angkatan keseluruhan 260kg (110kg snatch, 150kg clean and jerk) dalam kategori 67kg lelaki.

 

Diharap kejayaan ini dapat menyuntik lagi semangat Kevdlan Wong untuk terus cemerlang, seterusnya dapat mewakili negara ke Sukan SEA 2021 Vietnam.


Disediakan oleh : Encik Raimi Bin Rabuimen
Foto oleh : Encik Raimi Bin Rabuimen

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 12 Apr 2021 16:25:03 +0800
Safety Awareness Anjuran Bahagian Kesihatan, Keselamatan Dan Alam Sekitar (HSE) IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4834-safety-awareness-anjuran-bahagian-kesihatan-keselamatan-dan-alam-sekitar-hse-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4834-safety-awareness-anjuran-bahagian-kesihatan-keselamatan-dan-alam-sekitar-hse-ikbn-bandar-penawar.html Safety Awareness Anjuran Bahagian Kesihatan, Keselamatan Dan Alam Sekitar (HSE) IKBN Bandar Penawar

Safety Awareness Anjuran Bahagian Kesihatan, Keselamatan Dan Alam Sekitar (HSE) IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 8 April 2021 - Program Safety Awareness anjuran bahagian HSE, IKBN Bandar Penawar telah menutup tirai pada 7 April 2021 yang lalu. Diharap program yang dilaksanakan akan dapat memberi kesedaran berterusan kepada semua pelajar supaya sentiasa peka dan dapat mengenalpasti bahaya serta boleh bertindak bagi mengurangkan risiko kecederaan kepada diri, kerosakan harta benda juga kepada alam sekitar bukan sahaja semasa berada dalam IKBN Bandar Penawar malah ketika menempuh alam pekerjaan kelak.

 

Disediakan oleh : Puan Nurul Azani Binti Ibrahim
Foto oleh : Puan Nurul Azani Binti Ibrahim

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 11 Apr 2021 16:18:59 +0800
Kursus Pendek Fire Watcher Bahagian Kesihatan, Keselamatan Dan Alam Sekitar (HSE) IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4833-kursus-pendek-fire-watcher-bahagian-kesihatan-keselamatan-dan-alam-sekitar-hse-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4833-kursus-pendek-fire-watcher-bahagian-kesihatan-keselamatan-dan-alam-sekitar-hse-ikbn-bandar-penawar.html Kursus Pendek Fire Watcher Bahagian Kesihatan, Keselamatan Dan Alam Sekitar (HSE) IKBN Bandar Penawar

Kursus Pendek Fire Watcher Bahagian Kesihatan, Keselamatan Dan Alam Sekitar (HSE) IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar , 10 April 2021 - Seramai 10 orang peserta dari Syarikat Serba Dinamik Bandar Penawar Fabrication Yard/ Service Center (BPSC) telah menjalani kursus Fire Watcher. Peserta yang menamatkan kursus dengan jayanya dianugerahkan kad kompetensi dan sijil kehadiran kursus.


Selain Fire watcher, kursus-kursus lain yang akan dilaksanakan adalah kursus Working at height (WAH), Basic Rigging and slinging dan Safety awareness.

 

Disediakan oleh : Puan Nurul Azani Binti Ibrahim
Foto oleh : Puan Nurul Azani Binti Ibrahim

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 11 Apr 2021 16:16:48 +0800
Program Safety Awareness Anjuran Bahagian Kesihatan, Keselamatan Dan Alam Sekitar (HSE) IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4832-program-safety-awareness-anjuran-bahagian-kesihatan-keselamatan-dan-alam-sekitar-hse-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4832-program-safety-awareness-anjuran-bahagian-kesihatan-keselamatan-dan-alam-sekitar-hse-ikbn-bandar-penawar.html Program Safety Awareness Anjuran Bahagian Kesihatan, Keselamatan Dan Alam Sekitar (HSE) IKBN Bandar Penawar

Program Safety Awareness Anjuran Bahagian Kesihatan, Keselamatan Dan Alam Sekitar (HSE) IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 21 Mac 2021 - Program Safety Awareness anjuran bahagian HSE, IKBN Bandar Penawar telah membuka tirai pada 21 Mac 2021. Program yang dijadualkan berlangsung selama 3 minggu sepanjang 21 Mac hingga 7 April 2021 mensasarkan semua pelajar IKBN Bandar Penawar dengan objektif Memberi pemahaman berkenaan Undang-Undang Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan yang digunakan di Malaysia secara umum dan di IKBN Bandar Penawar secara khususnya melalui slot perundangan; Memberi kesedaran tentang amalan langkah pencegahan kemalangan di tempat kerja spesifiknya di bengkel masing-masing  melalui slot Personal Protective Equipment (PPE), Job Hazard Analysis (JHA) dan Hazard Identification, Risk Analysis and Risk Control (HIRARC); dan Kaedah memberi bantuan awal kepada rakan sekerja yang ditimpa kemalangan melalui slot Asas Pertolongan Cemas, CPR dan anduh.


Program keselamatan ini akan diteruskan selain melaksanakan minggu keselamatan bagi mempromosikan kesedaran keselamatan dikalangan pelajar dan warga IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Puan Nurul Azani Binti Ibrahim
Foto oleh : Puan Nurul Azani Binti Ibrahim

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 22 Mar 2021 16:14:22 +0800
Pengukuhan Alumni IKBN Bandar Penawar - Sesi Perkongsian Ilmu “Hotel Industry Current Practices For Room Division” http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4831-pengukuhan-alumni-ikbn-bandar-penawar-sesi-perkongsian-ilmu-hotel-industry-current-practices-for-room-division.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4831-pengukuhan-alumni-ikbn-bandar-penawar-sesi-perkongsian-ilmu-hotel-industry-current-practices-for-room-division.html Pengukuhan Alumni IKBN Bandar Penawar - Sesi Perkongsian Ilmu “Hotel Industry Current Practices For Room Division”

Pengukuhan Alumni IKBN Bandar Penawar - Sesi Perkongsian Ilmu “Hotel Industry Current Practices For Room Division”

Bandar Penawar, 17 Mac 2021 - Jabatan Perhotelan telah menjemput Alumni Muhammad Syahmi Aiman Bin Zaini dan Sarah Hamzah Binti Abdullah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bekerja selepas tamat belajar kepada pelajar-pelajar sedia ada.

 

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Alumni yang sudi hadir dan diharap lebih ramai lagi alumni-alumni IKBN Bandar Penawar yang boleh hadir ke sini untuk berkongsi ilmu. Semoga perkongsian ini dapat menaikkan semangat dan menjadi fokus utama kepada pelajar mengenai tahap kemahiran yang diperlukan.

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 18 Mar 2021 16:12:13 +0800
Sesi Pembelajaran Secara Bersemuka http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4830-sesi-pembelajaran-secara-bersemuka.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/mesyuarat-agong-koperasi-ikbn-bandar-penawar-berhad-kali-ke-2/item/4830-sesi-pembelajaran-secara-bersemuka.html Sesi Pembelajaran Secara Bersemuka

Sesi Pembelajaran Secara Bersemuka

Bandar Penawar, 7 Mac 2021 - Pelajar Sepenuh Masa Bahagian Kimpalan Sesi 1/2021 telah memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka bermula 7 Mac 2021. Pelajar telah diberi taklimat tentang peraturan keselamatan di bengkel serta SOP penggunaan mesin dan peralatan.


Disediakan Oleh : Encik Hairil Anuar Bin Hashim
Foto Oleh : Encik Hairil Anuar Bin Hashim

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 08 Mar 2021 16:10:48 +0800