Bandar Penawar, 28 Jun 2018 – IKBN Bandar Penawar telah menjemput pemain industri dari PERI Formwork Scaffolding Engineering, LKM Installation, PREMALA Construction Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Encik Yuvarajan.S bagi menghadiri mesyuarat di Bilik Mesyuarat IKBN Bandar Penawar.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Encik Haji Saleh Bin Ghazali, Pengarah IKBN Bandar Penawar membincangkan berkenaan kerjasama dalam penempatan peserta Kursus Bootcamp Scaffolding IKBN Bandar Penawar dalam industri pekerjaan Minyak dan Gas di RAPID Petronas. Mesyuarat juga ada membincangkan mengenai Kursus Bootcamp Scaffolding yang akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2018 sehingga 30 Julai 2018. Kursus anjuran IKBN Bandar Penawar ini melibatkan seramai 32 orang peserta dari seluruh Malaysia.
Hasil daripada mesyuarat yang telah diadakan, pemain-pemain utama industri ini amat berminat untuk menerima semua peserta-peserta yang dilatih oleh IKBN Bandar Penawar bagi memenuhi keperluan pasaran Industri Minyak dan Gas. Mereka juga mohon supaya kursus tahap dua diadakan bagi melatih lebih ramai peserta yang berkemahiran dalam bidang ini. IKBN Bandar Penawar amat berbesar hati dengan tawaran yang diterima. Moga kerjasama yang terjalin akan berterusan pada masa akan datang.
Disediakan oleh : Encik Fikri Sham Bin Basari
Foto : Encik Mohd Nasrul Bin Ismail