IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 04 March 2019 17:30

MESYUARAT PENYELARASAN GERAK KERJA KETUA CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI (KCHI) ILKBS 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

MESYUARAT PENYELARASAN GERAK KERJA KETUA CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI (KCHI) ILKBS 2019

Putrajaya, 1 Mac 2019 - Cawangan Kerjasama Strategik Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia dan Sukan menjadi urusetia bagi mesyuarat ini dengan mengumpulkan semua KCHI daripada 22 IKTBN/IKBN dan AKBG bagi merancang dan mengatur strategi serta mendapatkan maklumat MoU di setiap ILKBS & AKBG.

 

ILKBS disarankan untuk mengaplikasikan program Teaching Factory yang mana secara langsung melibatkan pihak industri dalam proses P&P samada dalam atau luar Institut. Pengisian mesyuarat selama 2 hari ini melibatkan garis panduan Pelaksanaan Penyataan Persefahaman BPKB/ILKBS, perkongsian input hasil daripada Dialog Industri Bil 2/2018, persediaan Gerak Kerja Career Fest ILKBS 2019 dan Kamus TPI 2019. Timbalan Ketua Pengarah BPKB, Dr. Ir. Azmi menyarankan setiap ILKBS tidak perlu berlumba menjadi jaguh dikalangan ILKBS sebaliknya berusaha untuk melengkapi setiap yang lain bagi merasionalisikan visi dan misi KBS dalam memperkasakan TVET di Malaysia.


YBrs Ketua Pengarah BPKB KBS, YBrs Dato’ Dr Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof juga menyampaikan amanat beliau dan memaklumkan kerjasama KCHI ILKBS amat penting bukan sahaja bagi memastikan kursus-kursus yang dijalankan di setiap ILKBS mendapat sambutan dan memastikan kebolehpasaran pelajar ILKBS mencapai 93% dan ke atas serta jalinan kerjasama yang baik bersama industri-industri di peringkat Nasional amnya dan negeri khasnya.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 489 times Last modified on Selasa, 05 March 2019 18:03
 
Find us on Facebook
Follow Us