Bandar Penawar, 20 Mac 2016 – Seramai 23 orang pelajar dari IKBN Bandar Penawar telah menyertai satu Kejohanan Futsal Lelaki Tertutup yang diadakan sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M yang diadakan pada 19 Mac 2016 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Larkin, Johor. Program yang mendapat penyertaan sebanyak 52 pasukan ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Sport Recreation Community Club Parlimen Johor Bahru.
Pada kejohanan ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar telah menghantar dua pasukan yang berjaya mendapat keputusan memberangsangkan. Pasukan pertama (G.O.T.A) telah layak sehingga ke peringkat suku akhir pertama. Pasukan kedua pula (Ambassador) telah layak sehingga ke peringkat suku akhir kedua setelah tewas 0-2 ditangan pasukan Putera Rayyan F.T yang berjaya merangkul gelaran naib johan dalam Kejohanan ini.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan, jurulatih dan pegawai pengiring diatas pencapaian mereka dalam kejohanan ini dan semoga ilmu dan pengalaman ini akan digunakan sepenuhnya dalam pertandingan seumpamanya dimasa akan datang. Ucapkan setinggi terima kasih juga kepada Pengarah IKBN Bandar Penawar, Zahrin Bin Romli yang menyokong sepenuhnya penyertaan pelajar IKBN Bandar Penawar dalam kejohanan ini.