IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 09 March 2016 23:26

PROGRAM SOLAT SUNAT BERJEMAAH GERHANA MATAHARI

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari

PROGRAM SOLAT SUNAT BERJEMAAH GERHANA MATAHARI

Bandar Penawar, 9 Mac 2016 – Satu Program Solat Gerhana Matahari berjemaah telah diadakan jam 8.30 pagi di Surau IKBN Bandar Penawar selaras dengan kejadian semasa Gerhana Matahari. Gerhana matahari separa yang jarang-jarang sekali berlaku dapat disaksi dengan jelas di sini. Fenomena alam ini menunjukan kebesaran maha pencipta dan menimbulkan rasa keinsafan.


Program dimulakan dengan tunjuk ajar dan demontrasi cara-cara melaksanakan solat sunat berjemaah Gerhana Matahari oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri. Usai solat berjemah majlis diteruskan dengan ceramah khas yang bertajuk “Kisah Imam Ghazali dengan anak-anak muridnya” untuk menerapkan hubungan yang baik dengan pegawai dan pelajar di IKBN Bandar Penawar.


Program telah dihadiri oleh pelajar, kakitangan IKBN Bandar Penawar, kakitangan syarikat Kontraktor Kebersihan dan Kawalan Keselamatan IKBN Bandar Penawar. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi dan telah berakhir jam 10.30 pagi.

Read 2177 times Last modified on Rabu, 20 April 2016 20:32
 
Find us on Facebook
Follow Us