Bandar Penawar, 6 Mac 2016 – Satu Program Lawatan Naziran Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan (eSPKB) dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor telah hadir seramai 4 orang pegawai yang diketuai oleh Puan Suryani Binti Supaat.
Pegawai dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan yang terlibat menyediakan semua dokumen ialah Noor Salawati Binti M. Said, Siti Hawa Binti Dasuki dan Jalalludin Bin Hussin. Lawatan diadakan untuk memastikan setiap agensi kerajaan mematuhi peraturan eSPKB.
Lawatan Naziran ini meneliti Sampel Dokumen Kewangan, Senarai Dokumen Fail, Baucar Bayaran dan lain-lain dokumen. Lawatan ini diakhiri dengan Majlis Sesi ‘Q&A’ di antara pegawai-pegawai Pentadbiran dan Kewangan IKBN Bandar Penawar dengan pegawai Naziran Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan jamuan ringan pada jam 4.30 petang.