Print this page
Ahad, 06 March 2016 23:36

KARNIVAL SUKAN PRA-UNIVERSITI ANJURAN SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI)

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid

KARNIVAL SUKAN PRAUNIVERSITI ANJURAN SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI)

Bandar Penawar, 6 Mac 2016 – Seramai 23 orang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar yang terdiri daripada atlit tenpin bowling (5 orang) dan bola sepak (18 orang) telah menyertai Program Karnival Sukan Prauniversiti SSTMI baru-baru ini yang diadakan pada 1 & 2 Mac 2016 bertempat di Dewan Arena Bowling dan Padang Sintetik A, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor. Program ini merupakan anjuran Pelajar Pra-universiti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar SSTMI.


Berbekalkan suntikan kata-kata semangat daripada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli, kontinjen atlit IKBN Bandar Penawar telah berjaya memperolehi keputusan yang baik dalam dua acara yang dianjurkan sepanjang karnival ini berlangsung. Pasukan bola sepak IKBN Bandar Penawar telah berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan. Manakala pasukan tenpin bowling IKBN Bandar Penawar pula telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan.

 

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli di atas sokongan yang diberikan kepada kontinjen ini. Turut diucapkan sekalung tahniah diucapkan kepada para atlit, jurulatih dan pengurus pasukan yang mewakili IKBN Bandar Penawar sepanjang berlangsungnya karnival ini. Semoga prestasi dan kejayaan kontinjen ini akan menjadi pemangkin semangat para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih dalam apa jua pertandingan yang melibatkan IKBN Bandar Penawar di masa akan datang.

Read 2680 times Last modified on Rabu, 20 April 2016 20:43