IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 15 February 2016 23:43

PERBINCANGAN KERJASAMA IKBN BANDAR PENAWAR DAN RAPID PMC

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto : Encik Salizal Mohamad Rajali

PERBINCANGAN KERJASAMA IKBN BANDAR PENAWAR DAN RAPID PMC

Bandar Penawar, 15 Febuari 2016 – Satu perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat IKBN Bandar Penawar bagi membincangkan bentuk kerjasama yang dapat dijalankan bagi meningkatkan pembangunan Jabatan Minyak & Gas IKBN Bandar Penawar.


Majlis dipengerusikan oleh Shaidon Bin Borham, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) IKBN Bandar Penawar. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis, kemudian diteruskan dengan perbincangan kerjasama yang melibatkan Cawangan Hubungan Industri, Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar dan pegawai dari RAPID PMC yang diketuai oleh Abdullah A. Karim.


Pihak RAPID PMC bersetuju untuk membantu IKBN Bandar Penawar dalam mendapatkan maklumat-maklumat ‘subcontractor’ bagi memudahkan urusan mempromosi dan memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN Bandar Penawar. Selain itu, RAPID PMC akan membantu IKBN Bandar Penawar dalam program lawatan atau urusan keluar masuk ke tapak projek ‘Pengerang Integrated Petroleum Complex’ (PIPC) yang sedang dijalankan.

Read 2166 times Last modified on Rabu, 20 April 2016 20:50
 
Find us on Facebook
Follow Us