Bandar Penawar, 15 Febuari 2016 – Satu perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat IKBN Bandar Penawar bagi membincangkan bentuk kerjasama yang dapat dijalankan bagi meningkatkan pembangunan Jabatan Minyak & Gas IKBN Bandar Penawar.
Majlis dipengerusikan oleh Shaidon Bin Borham, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) IKBN Bandar Penawar. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis, kemudian diteruskan dengan perbincangan kerjasama yang melibatkan Cawangan Hubungan Industri, Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar dan pegawai dari RAPID PMC yang diketuai oleh Abdullah A. Karim.
Pihak RAPID PMC bersetuju untuk membantu IKBN Bandar Penawar dalam mendapatkan maklumat-maklumat ‘subcontractor’ bagi memudahkan urusan mempromosi dan memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN Bandar Penawar. Selain itu, RAPID PMC akan membantu IKBN Bandar Penawar dalam program lawatan atau urusan keluar masuk ke tapak projek ‘Pengerang Integrated Petroleum Complex’ (PIPC) yang sedang dijalankan.