Print this page
Khamis, 28 January 2016 23:54

PERBINCANGAN KERJASAMA DAN LAWATAN OLEH SKILLS JOHOR DAN UIE SOLUTIONS

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto : Puan Khairun Afida Ahmad

PERBINCANGAN KERJASAMA DAN LAWATAN OLEH SKILLS JOHOR DAN UIE SOLUTIONS

Bandar Penawar, 28 Januari 2016 – Satu perbincangan telah diadakan di antara Cawangan Hubungan Industri (CHI) dan Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar bersama Skills Johor dan UIE Solution. Perbincangan ini bertujuan untuk menjalin kerjasama dan berbincang untuk mewujudkan satu cawangan latihan khusus iaitu Kursus Scaffolding Tahap 1 dan 2 di IKBN Bandar Penawar oleh UIE Solutions.


Pegawai dari Skills Johor dan UIE Solution telah melakukan lawatan tapak ke kawasan yang bersesuaian bagi pemasangan Scaffolding dan ruang kelas untuk pembelajaran di Jabatan Minyak dan Gas. Mereka juga melihat fasiliti dan kesesuaian tempat pembelajaran yang tersedia di sini.

 

Pihak Skills Johor yang disertai oleh Zahbah Harun dan UIE Solution yang disertai oleh Khairul Rizal Jamaludin berpuas hati dengan kemudahan dan tapak sedia ada di IKBN Bandar Penawar. Pihak CHI mencadangkan agar satu kertas kerja yang lengkap perlu dibangunkan dan dimuktamad untuk dibentangkan ke peringkat atasan Kementerian Belian dan Sukan untuk pertimbangan dan kelulusan.

Read 2351 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 18:11