Bandar Penawar, 26 Januari 2016 – Satu taklimat kerjaya dan sesi temuduga oleh Perusahaan Zainab Jaya telah dianjurkan oleh Cawangan Hubungan industri (CHI) dengan kerjasama Perusahaan Zainab Jaya. Perusahaan Zainab Jaya telah manandatangani MoU Perak dengan IKBN Bandar Penawar sejak tahun 2014.
Taklimat Kerjaya dan Keusahawanan dan temuduga bagi pengambilan pelajar latihan Industri Jurusan Penyediaan Pastri telah berlangsung di Coral Ballroom, Jabatan Hospitaliti. Taklimat diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar akan kaedah, cabaran dan peluang keusahawanan dalam bidang penyediaan pastri. Temu duga diadakan untuk memilih pelajar terbaik untuk menjalani latihan industri di Perusahaan Zainab Jaya pada April 2016 ini.
Pihak Perusahaan Zainab Jaya bercadang untuk mengambil 6 orang pelajar bagi menjalani latihan industri selepas sesi temuduga dan senarai pelajar yang berjaya sedang dimuktamadkan. Semua pelajar Penyediaan Pastri terlibat dengan program ini.