IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 06 April 2016 17:38

PROGRAM KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP IKBN BANDAR PENAWAR EDISI 1/2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Saudari Nurul Hani binti Ahmad Mohamad

PROGRAM KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP IKBN BANDAR PENAWAR EDISI 1/2016


Bandar Penawar, 18 April 2016 – Satu Program Kejohanan Sukan Tertutup IKBN Bandar Penawar telah diadakan dari 6 hingga 8 April baru-baru ini bagi memupuk budaya sukan dan menerapkan gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan warga IKBN Bandar Penawar. Program ini disertai oleh semua pelajar dan warga IKBN Bandar Penawar, termasuk petugas-petugas daripada kontraktor pembersihan, keselamatan dan dewan makan yang dibahagikan kepada enam kontinjen sukan.


Penganjuran kejohanan sukan pada kali ini tepat pada masanya kerana pihak International Olympic Committee (IOC) telah menetapkan 6 April setiap tahun sebagai International Day of Sports for Development and Peace (IDSDP). Sepertimana yang diketahui, sukan mampu memupuk keamanan dan perpaduan sejagat serta tidak membeza kaum dan budaya.


Pelaksanaan program ini memfokuskan kepada wakil setiap kontinjen diwajibkan menghantar pasukan untuk bertanding dalam enam jenis sukan iaitu futsal (lelaki dan wanita), bola jaring, sepak takraw, bola tampar campuran dan badminton berpasukan. Format pertandingan telah dijalankan secara sistem liga yang dijalankan pada 6 dan 7 April 2016. Juara keseluruhan dinilai berdasarkan mata terkumpul untuk setiap acara yang dipertandingkan. Pada hari kemuncak pula iaitu 8 April 2016, pertandingan akhir untuk setiap sukan telah dijalankan secara satu persatu. Program ini telah berlangsung di beberapa lokasi seperti kawasan riadah di IKBN Bandar Penawar dan Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar.

 

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil kepada Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu, Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah (HEP) yang turut sama-sama hadir memberikan sokongan sejak awal pagi. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan bantuan dan kerjasama daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2016. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 2155 times Last modified on Rabu, 20 April 2016 17:49