IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 18 May 2016 00:47

PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN BEBAS DADAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad           
PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN BEBAS DADAH


BANDAR PENAWAR, 17 MEI 2016 – Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) telah mengadakan Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah AADK Daerah Kota Tinggi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar di Institut tentang kesan bahayanya penyalahgunaan dadah.

 

Program ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Serbaguna. Program ini dimulakan dengan  ceramah bertajuk Kesan Penggunaan Dadah, Peranan Masyarakat dan Pencegahan Dadah yang disampaikan oleh Hazurah Binti Husin, Pegawai AADK Daerah Kota Tinggi. Seterusnya program diteruskan dengan sesi perkongsian pengalaman oleh bekas penagih dadah.

 

Program ini kemudian diteruskan lagi dengan aktiviti Latihan Dinamika Kumpulan di mana pelajar telah dibahagikan kepada duabelas (12) kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu tajuk yang berkaitan dengan dadah untuk tujuan perbincangan dan pembentangan. Semua kumpulan telah diberi hadiah hamper yang disediakan oleh AADK Daerah Kota Tinggi.

 

Aktiviti lain termasuk sesi soal jawab dan kuiz antidadah. Penutup program ini telah disempurnakan oleh wakil Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP.

Read 2372 times Last modified on Isnin, 06 June 2016 01:49