IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 18 May 2016 01:07

PROMOSI PARLIMEN BELIA MALAYSIA

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad           
PROMOSI PARLIMEN BELIA MALAYSIA

BANDAR PENAWAR, 17 MEI 2016 – Promosi Parlimen Belia Malaysia telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) pada hari ini. Taklimat telah disampaikan oleh Mohd Kamal Iskandar Bin Mohd Shafri dari Pusat Kegiatan Guru Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

 

Program yang diadakan di Dewan Serbaguna IKBNBP mensasarkan pelajar IKBN dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang peranan Parlimen Belia Malaysia, konsep pemilihan dan kelebihan menjadi Ahli Perlimen Belia Malaysia (APBM), had kelayakan umur untuk menjadi APBM dan had umur pengundi, serta kelebihan pelajar menyertai Parlimen Belia Malaysia.

 

Disamping itu, pelajar juga didedahkan dengan cara mendaftar secara atas talian dan mengemaskini maklumat pemilih melalui portal Parlimen Belia Malaysia. Pelajar juga diberikan borang pendaftaran manual ePBM, bertujuan untuk proses pendaftaran sebagai pengundi Parlimen Belia Malaysia.

 

Penutup program ini telah disempurnakan oleh wakil Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP. Turut hadir bersama ialah Shripah Aishah Bt. Wan Ibrahim, Ketua Pengurusan Pelajar.

Read 2121 times Last modified on Isnin, 06 June 2016 01:48