IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 22 May 2016 01:15

PERTANDINGAN KEMAHIRAN SEMPENA KEMBARA KERJAYA JOHOR 3.0

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Mohd Rusli
Foto : Puan Wan Mashita Binti Wan Hanapi
PERTANDINGAN KEMAHIRAN SEMPENA KEMBARA KERJAYA JOHOR 3.0


Bandar Penawar, 21 Mei 2016 – Jabatan Pembangunan Kemahiran telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran sempena Kembara Kerjaya Johor 3.0 di perkarangan Perpustakaan IKBN Bandar Penawar. Pertandingan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar pusat bertauliah.

 

Program Kembara Kerjaya Johor 3.0 telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir Haji Hasni Bin Haji Mohammad. Antara pertandingan Kemahiran yang telah dijalankan ialah Pertandingan Hiasan Kek bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Manakala Pertandingan Ukiran Buah bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari.

 

Muhammad Haikal Bin Jeffry dari Jurusan Penyediaan Makanan telah memenagi tempat pertama dalam acara Ukiran Buah, manakala Mohamad Solehan Bin Mohd Zam telah memenangi tempat ketiga. Muhammad Ilman Bin Zulkarnain dari Jurusan Pastri mendapat tempat ketiga dalam acara hiasan kek.

Read 2269 times Last modified on Isnin, 06 June 2016 01:47