IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Jumaat, 22 July 2016 00:55

ART OF FRUIT & VEGETABLE CARVING

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen
Foto : Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen
ART OF FRUIT & VEGETABLE CARVING


Bandar Penawar, 17 - 21 Julai 2016 – Telah diadakan kursus berkenaan ‘Art of Fruit & Vegetable Carving’ yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Seramai 10 orang peserta dari IKBN seluruh Malaysia telah meyertai kursus ini.


Kursus diadakan di Jabatan Hospitaliti, IKBN Bandar Penawar. Chef Mohd Yusof Bin Yaakob telah dijemput sebagai pengajar bagi kursus ini. Peserta telah diajar cara-cara praktikal ukiran tembikai susu (ukiran bunga matahari), ukiran tembikai (bunga dan daun), ukiran buah betik (ukiran bunga ros), ukiran asas sayur-sayuran, ukiran tembikai thailand style dan ukiran buahan untuk pertandingan dan dekorasi.


Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh wakil Pengarah, Lim Chow Kiat Timbalan Pengarah HEP IKBN Bandar Penawar dan diiringi oleh Puan Nurlia Binti Rusli. Kursus-kursus seperti ini diharap dapat diadakan sekerap yang mungkin supaya dapat meningkatkan skill para pengajar IKBN dan mendedahkan mereka dengan ilmu pengetahuan baru.

Read 2176 times